GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Yang Kita Pelajari Dari Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia

Saya tertarik dengan penulisan oleh Azman Hashim, International Business School, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau berkongsi tentang apa yang telah kita pelajari tentang banyak perkara dalam mengurus ekonomi yang telah terkena wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). Bagaimana dalam beberapa keadaan, orang terpaksa berubah untuk meneruskan kehidupan mereka, masa yang tepat untuk berubah menjadi lebih baik.

Sumber : What We Learnt From MCO – Azman Hashim terbitan NST.com.my

Kita telah belajar mengutamakan kesihatan dalam kehidupan seharian kerana kesannya begitu besar terhadap sosio-ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Kesan coronavirus, kempen Visit Malaysia 2020 terpaksa dibatalkan demi kepentingan kesihatan rakyat. Ini kerana kesan dari penularan wabak ini boleh melumpuhkan seluruh masyarakat dan segala sosio-ekonomi seluruh dunia.

Baca : Kesan Covid-19 Kepada Pelancongan Di Malaysia

 



 

Yang Kita Pelajari Dari Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia

Yang Kita Pelajari Dari Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 01 copy
 

Nampaknya sudah ramai yang sedar, dalam tempoh setahun dua akan datang, bukan masa yang sesuai untuk travel ke luar negara ekoran kesan pandemik Coronavirus yang masih belum menunjukkan tanda-tanda akan reda.

Dalam negara Malaysia sendiri, masih ada banyak sekatan-sekatan tertentu seperti tiada perjalanan merentas sempadan negeri dan orang Semenanjung masih tidak boleh ke Sabah dan Sarawak (vice versa) kerana termaktub dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
 

Yang Kita Pelajari Dari Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 02

Yang Kita Pelajari Dari Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 03
 

Paling ketara ketika PKP dan PKPB, aktiviti di dalam talian (online) sangat aktif. Oleh yang demikian, mereka yang terlibat dalam industri pelancongan, ini masa terbaik untuk gunakan teknologi digital ini untuk mempromosikan produk pelancongan, pakej promosi dan beberapa produk lain yang berkaitan pelancongan kepada bakal pelanggan dan pelanggan mereka yang sedia ada.

Pada waktu yang sama, pemerintah harus memiliki sistem dalam talian yang komprehensif untuk memastikan komunikasi yang lancar antara agensi pusat dan negara, selalu dalam mod pengemaskinian, untuk memungkinkan bantuan pemerintah mencapai kelompok sasaran.

Pada akhirnya, MCO telah menjadikan orang lebih kreatif dan inovatif dalam kehidupan seharian mereka. Walaupun keadaan politiknya sengit, nampaknya kurang berpolitik semasa MCO. Dalam keadaan di mana rakyat berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang tidak menentu, berpolitik tidak akan menyelesaikan masalah rakyat.

Sudah tentu selepas PKP dan PKPB, trend perjalanan pelancongan rakyat Malaysia akan sedikit berubah. Pastinya ini eluan terbaik kepada produk pelancongan domestik untuk lebih menonjol supaya ia dapat menarik minat pelancong domestik berbelanja di dalam negara sendiri bagi merancakkan ekonomi setempat.

Secara keseluruhan, terdapat banyak perkara yang telah kita pelajari dari pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP dan PKPB. Sekarang adalah masa untuk kita bersatu membangunkan produk pelancongan kita sendiri dengan lebih baik supaya ia kembali berkembang membantu ekonomi rakyat setempat dan berubah menjadi yang lebih baik.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.