GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Homestay Murah Di Cameron Highlands Dekat Pasar Malam

Ini percutian kami sekeluarga tahun ini selepas dari pandemik Covid-19 dengan larangan PKP, PKPB dan PKPP sejak 18 Mac 2020. Selepas dilonggarkan pada awal Jun yang lepas, kami ambil kesempatan untuk bercuti di Cameron Highlands. Ini review saya tentang Pakej Harga Homestay Murah Di Cameron Highlands Dekat Pasar Malam.

Ramai sebenarnya yang sedang merancang nak travel dalam negera buat masa ini kerana pintu sempadan Malaysia masih belum dibuka. Masa ini, peluang untuk orang Malaysia bercuti dan menjana ekonomi setempat dalam merancakkan industri pelancongan tempatan.

Baca : Tempat Menarik di Cameron Highlands Travel Blogger Review

 



 

Homestay Murah Di Cameron Highlands Dekat Pasar Malam

Homestay Murah Di Cameron Highlands Dekat Pasar Malam 01

Homestay Murah Di Cameron Highlands Dekat Pasar Malam 03 copy
 

Kami sekeluarga kali ini melancong ke Cameron Highlands pada hari weekdays, hari biasa. Ini kerana, kami membuat andaian, hari minggu, sudah pasti kawasan seperti Cameron Highlands ini akan sesak dengan kunjungan ribuan kereta setelah lama terperuk di rumah.

Alhamdulillah, perjalanan kami dari Tol Tapah melalui jalan lama agak selesa. Sempat lagi kami singgah untuk makan durian bukit yang viral, durian paling original di Malaysia.

Hanya sekitar 1 jam 30 minit, kami sampai ke Tanah Rata dan sudah boleh masuk ke homestay untuk Check-in sekitar jam 3.00pm. Perjalanan yang selesa dan tidak sesak membuatkan semua orang tak sabar nak saksikan keindahan alam dan tanah tinggi di Cameron Highlands.

 



 

Homestay yang kami pilih ialah homestay apartment yang terletak di Barrington Square Golden Hills. Apartment ini yang mempunyai 2 bilik dengan lokasi betul-betul di tengah Cameron Highlands. Kalau di hujung minggu, bermula Jumaat hingga Ahad malam, lokasi ini meriah dengan Pasar Malam. Pelbagai barangan murah dijual, termasuk buah-buahan dan sayuran yang ditanam dikawasan ini.
 

Homestay Murah Di Cameron Highlands Dekat Pasar Malam 02

Homestay Murah Di Cameron Highlands Dekat Pasar Malam 05

Homestay Murah Di Cameron Highlands Dekat Pasar Malam 06

Homestay Murah Di Cameron Highlands Dekat Pasar Malam 07

Homestay Murah Di Cameron Highlands Dekat Pasar Malam 08
 

Harga bilik bermula dari sekitar RM150 semalam dan ia boleh memuatkan sekitar 8 orang dewasa dengan selesa. Ada ruang dapur dengan peralatan memasak, meja makan, dua bilik tidur dengan tilam Queen Size serta dua bilik air yang selesa.

Di ruang luar, ada ruang menonton TV dengan kemudahan Astro, WiFi Percuma yang laju, serta 2 Sofabed yang sangat selesa. Keadaan rumah yang bersih ditambah dengan kemudahan Penapis Air Coway yang sangat memudahkan sesiapa sahaja yang menginap di sini.

Untuk pegalaman percutian satu keluarga besar di Cameron Highlands, dengan pakej harga yang berbaloi lokasi homestay ini memang saya syorkan untuk sesiapa yang nak plan bercuti di Tanah Rata atau sekitar Cameron Highlands. Sangat berpuashati dengan layanan pemilik homestay.

Jadi, kalau nak cari homestay atau hotel murah di Cameron Highlands, boleh cuba di kawasan Barrington Square Golden Hills Cameron Highlands.

pasar-malam-cameron-highlands
Pasar Malam Cameron Highlands

Gambar Pasar Malam dari Blog https://cornatcameron.wordpress.com

6 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.