GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Khlong Hae Floating Market Hatyai Thailand Wajib Singgah

Seingat saya, sudah 3 kali ke Hatyai. Tak pernah berpeluang singgah membeli belah di Pasar Terapun Terkenal di Hatyai. Tapi kali ini, kami luangkan masa sekitar satu jam untuk menikmati apa yang menarik di Khlong Hae Floating Market Hatyai Thailand Wajib Singgah. Lokasi pelancongan popular di hatyai ini, adalah satu tempat wajib Pelancong Malaysia kalau ikut itinerary ke Hatyai.

Kenapa lokasi Floating Market ini popular dikalangan orang Malaysia? Ini kerana di sini ada ramai peniaga Muslim yang menjual makanan Halal di persisir Sungai dengan menggunakan Gerai Bot yang Unik. Ia sudah menjadi trademark Pelancongan di Hatyai sejak berzaman dan semakin popular saban hari.

Baca : Penerbangan Kuala Lumpur Ke Hatyai

 



 

Khlong Hae Floating Market Hatyai Thailand Wajib Singgah

Khlong Hae Floating Market Hatyai Thailand Wajib Singgah

Khlong Hae Floating Market Hatyai Thailand 02

Khlong Hae Floating Market Hatyai Thailand 03
 

Khlong Hae Floating Market Hatyai (Klonghae Floating Market) ini terletak kira-kira 5.5km sahaja dari pusat bandar Hatyai. Kalau memandu kereta, hanya memakan masa selama 15 minit sahaja.

Ambil maklum semua, Khlong Hae Floating Market Hatyai ini hanya dibuka pada 3 hari sahaja dalam masa seminggu, iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ia akan mula dibuka pada jam 1 petang sehingga ke jam 9.00 malam sahaja.

Waktu paling cantik kalau nak ke sini sekitar jam 5.30 petang hingga waktu terbenam matahari. Untuk Muslim, ada Surau disediakan di bahagian belakang, kawasan ruang yang agak selesa untuk Solat.

Kami sampai sekitar jam 5.30 petang kat sini. Alhamdulillah, pertama kali sampai jejak kaki. Lokasi yang menjadi pilihan ramai pengunjung Muslim untuk merasa pelbagai makanan Halal Muslim yang authentic dan sedap ikut tradisi orang Thailand Selatan.
 

Khlong Hae Floating Market Hatyai Thailand 04

Khlong Hae Floating Market Hatyai Thailand 05

Khlong Hae Floating Market Hatyai Thailand 06

Khlong Hae Floating Market Hatyai Thailand 07

Khlong Hae Floating Market Hatyai Thailand 08

Khlong Hae Floating Market Hatyai Thailand 09
 

Kawasan peniaga Muslim, kebanyakkannya berada di dalam perahu ditepi sungai. Saya sendiri sempat mencuba menu Pulut Mangga, Bubur Jagung dan manisan lain yang saya sendiri tak pandai nak sebut. Semuanya sedap-sedap belaka dengan harga sektar THB50 (MYR6.90) hingga THB100 (MYR13.81).

Sekitar kawasan persisir sungai ada sekitar 20 – 30 orang peniaga yang menjual pelbagai makanan. Dari buahan, manisan, makanan nasi dan macam-macam lagi. Boleh pilih ikut selera masing masing.

Manakala dibahagian atas, ada banyak gerai tersusun yang menetapkan kawasan peniaga baju, aksesori, gifts dan macam macam lagi. Boleh dikatakan banyak produk di sini ada yang datang dari pembuatan tradisi Thailand dan ada juga dari produk dari China.

Kalau korang jenis suka beli baju Jersey Sukan Gred A, kat sini antara lokasi tumpuan kerana ada banyak design, banyak pilihan dengan harga yang sangat-sangat murah.

Kalau tak silap, dibahagian atas ni juga ada gerai makanan tetapi tak pasti mereka Muslim atau Bukan. Nak senang, pilih sahaja makanan yang dijual di dalam Perahu di gigi air sungai. InsyaAllah katanya peniaga Muslim.
 

Khlong Hae Floating Market Hatyai Thailand 10

Khlong Hae Floating Market Hatyai Thailand 10

Untuk ke Hatyai mudah sahaja. Boleh memandu melalui sempadan Malaysia Thailand atau terbang dengan penerbangan AirAsia atau Thai Airways.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.