GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Makan Durian Bukit Jalan Tapah Cameron Highlands

Ketika ramai peminat Raja Buah mencari jenis Durian Blackthorn, Musang King, Udang Merah, D24 dan beberapa jenis baka durian yang sedap, tak ramai yang dengar tentang Durian Bukit. Ini pengalaman kami, Makan Durian Bukit Jalan Tapah Cameron Highlands minggu lepas ketika menyokong aktiviti Cuti-Cuti Malaysia selepas PKP.

Sepanjang jalan selepas dari Tol Tapah menuju ke Cameron Highlands, kiri dan kanan jalan lama ini dipenuhi dengan longgokkan buah durian bukit yang agak rare. Kebanyakkan penjual ialah Orang Asli yang tinggal berdekatan dengan lereng-lereng bukit sekitar kawasan tersebut.

Baca : Tempat Menarik Di Cameron Highlands Pahang

 



 

Makan Durian Bukit Jalan Tapah Cameron Highlands

Makan Durian Bukit Jalan Tapah Cameron Highlands 06 copy
 

Memandangkan masa kami naik, banyak lokasi penjual berada di sebelah kanan, agak bahaya untuk kami berhenti jika tidak berhati-hati. Jadi, kami ambil keputusan untuk singgah beli durian di kawasan Rehat dan Rawat Lata Iskandar. Ada satu gerai, menjual durian bukit dan beberapa lagi jenis buah ditepi jalan.

Rezeki kami agak baik kerana ada satu biji lagi buah durian bukit isi oren yang masih tinggal, dikatakan antara buah durian paling sedap selepas durian BlackThorn dan juga Musang King. Harga masih lagi murah, hanya RM20 sekilo, berbanding dengan harga RM45 sekilo bagi buah durian Musang King.
 

Makan Durian Bukit Jalan Tapah Cameron Highlands 02

Makan Durian Bukit Jalan Tapah Cameron Highlands 03

Makan Durian Bukit Jalan Tapah Cameron Highlands 04

Makan Durian Bukit Jalan Tapah Cameron Highlands 07

Makan Durian Bukit Jalan Tapah Cameron Highlands 08
 

Memandangkan ada sebijik sahaja, kami cuba. Berat sekitar 2kg dan kami membayar dengan harga RM40 sahaja. Alhamdulillah, ada sekitar 5 pangsa dengan lebih 20 ulas yang memang sangat sedap.

Isi Durian Bukit Oren ini sangat berbeza dengan buah durian biasa. Ini mungkin kerana kedudukan lokasi pokok durian yang berada di tanah tinggi dan kawasan yang sangat sesuai untuk pokok durian menjadikannya ia sangat sedap.

Memandangkan kami semua kaki makan buah durian, sebiji memang tak cukup. Tambah lagi sebijik durian bukit biasa sebagai alas perut sebelum nak sampai sekitar 1 jam lagi di Tanah Rata, Cameron Highlands.

Berbaloi pengalaman kami singgah makan buah durian sedap di Lata Iskandar. Rasanya, ii adalah buah durian paling sedap tahun ini yang pernah kami rasa. Pastinya, kalau ada lagi, boleh cuba sebab ia antara jenis buah durian yang sangat unik dan rare dari kalangan buah durian yang lain.

Pintu sempadan negeri sudah dibuka, kini masa untuk travel dalam Malaysia dulu untuk membantu merancakkan ekonomi setempat. Nak tahu apa yang menarik di Pahang? Boleh layari laman web Tourism Pahang untuk maklumat lanjut.

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.