GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Food Review Glory 78 Steamboat And Snack Corner Cameron Highlands

Sebenarnya, banyak kali juga ke Cameron Highlands, masih lagi tak jumpa lokasi tempat makan betul-betul menarik di kawasan Tanah Rata dan sekitarnya. Memandangkan ramai kata makan steamboat adalah menu sesuai ditempat sejuk, kami sendiri singgah untuk Food Review Glory 78 Steamboat And Snack Corner Cameron Highlands.

Memandangkan banyak iklan yang dipaparkan sepanjang jalan, pakej Buffet Steamboat kat sini hanya sekitar RM28 sahaja seorang, kami pilih untuk makan malam di Glory 78 Steamboat Cameron Highlands. Lokasi kedai makan ni tepi jalan hanya beberapa meter dengan Kelab Gold Sultan Ahmad Shah dan juga 2km dari pekan Tanah Rata.

Baca : Hotel Murah Di Cameron Highlands Pahang

 



 

Food Review Glory 78 Steamboat And Snack Corner Cameron Highlands

Food Review Glory 78 Steamboat And Snack Corner Cameron Highlands 04 copy

Food Review Glory 78 Steamboat And Snack Corner Cameron Highlands 04 copy
 

Kami sampai sekitar jam 6.30 petang dengan diiringi dengan hunyai renyai. Ada banyak ruang parkir dan memang mudah. Suasana restoran juga agak selesa, tetapi nampak seperti tidak kemas.

Masa menunggu untuk mengambil order agak lambat. Susunan meja dah cantik tetapi gerakan pelayan kedai rasanya sangat lambat dan tidak efisen. Saya sendiri terpaksa ke kaunter untuk memberitahu untuk ambil order makanan.
 

Food Review Glory 78 Steamboat And Snack Corner Cameron Highlands
Steamboat RM26/pax

Food Review Glory 78 Steamboat And Snack Corner Cameron Highlands 08

Food Review Glory 78 Steamboat And Snack Corner Cameron Highlands 03
 

Pertama kali tengok menu dimeja, nampak harga lagi murah, RM26/pax untuk buffet Steamboat. Tapi bila ditanya, pakej tu dah tak ada. Hari tu, tak ada buffet steamboat. Yang ada cuma set 2 mangkuk untuk 4 orang dewasa Steamboat pilihan Kuah Sup atau Tomyam dengan harga RM54.

Sebab hujan, malas dah nak cari lokasi lain kami teruskan juga untuk makan di sini dengan mengambil pakej set steamboat popular kat sini. Sebab kami ramai, ada tambahan mi dan mihun untuk anak-anak, set french fries serta aiskrim dan juga Banana Split.

Selang 15 minit menu kami sampai. Nampak portion yang dihidangkan as expected dan rasanya agak berbaloi. Untuk pilihan menu steamboat rasanya harga sepadan dengan apa yang dihidangkan, mampu bayar bagi orang Malaysia.
 

Food Review Glory 78 Steamboat And Snack Corner Cameron Highlands 05

Food Review Glory 78 Steamboat And Snack Corner Cameron Highlands 02

Food Review Glory 78 Steamboat And Snack Corner Cameron Highlands 04

Food Review Glory 78 Steamboat And Snack Corner Cameron Highlands 0
 

Untuk pilihan menu, saya rasa ia berbaloi. tetapi untuk rasa kuah tomyam yang kami makan pada malam tu, ia hanya biasa-biasa. Rempah untuk kuah tomyam agak kurang memuaskan, tiada yang special. Umpama bahan-bahan yang disediakan, udang, sedikiy ikan, fish ball, crab ball dan sayur diletakkan dalam kuah yang agak cair dan kurang rasa.

Mungkin citarasa saya tidak sama dengan anda, tetapi boleh cuba dulu. Namun, kalau ada pilihan lain, cari dulu restoran Steamboat lain yang lebih baik.

Untuk pilihan tempat-tempat menarik di Cameron Highlands dan juga hotel murah di Tanah Rata, boleh lihat review di laman web Tripadvisor.com.my/TanahRata.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.