GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Harga Tiket Masuk Ke Lavender Garden Cameron Highlands

Ramai sebenarnya suka melancong ke Cameron Highlands. Sepatutnya, banyak perubahan baru untuk kemudahan pelancong dibina, kawasan bandar yang lebih kemas, teratur serta pilihan kedai makan, tambahan tarikan pelanconggan yang lebih baik. Secara peribadi, Harga Tiket Masuk Ke Lavender Garden Cameron Highlands RM15 Dewasa dan RM10 Untuk Kanak-kanak, adalah mahal dan tak berbaloi.

Entah macamana nak cakap secara ikhlas, jujur dan tak nak jatuhkan air muka Cameron Highlands. Sebenarnya, tak banyak perubahan di sana, sejak 10 tahun yang lalu, melainkan hanya penambahan bangunan-bangunan baru. Banyak lokasi pelancongan, masih ditahap lama. Banyak lokasi lain, indah khabar dari rupa.

Baca : Lokasi Wajib Singgah Kalau Ke Cameron Highlands

 



 

Harga Tiket Masuk Ke Lavender Garden Cameron Highlands

Tiket-Masuk-Cameron-Lavender-Garden-Brinchang-Pahang-01 copy

Tiket-Masuk-Cameron-Lavender-Garden-Brinchang-Pahang-02
 

Kami singgah masa PKPP. Bermaksud, seluruh kawasan ini dibuka dengan peraturan Norma Baru. Dengan harga masuk RM15 Dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak, rasanya sangat tidak berbaloi untuk merasai pengalaman di sini.

Ya memang ada banyak tanaman dan pokok bunga seperti Lavender, Bunga Daisy dan beberapa pokok bunga lain yang saya sendiri tak kenal. Namun agak kecewa bila bahagian kebun strawberry masih lagi ditutup. Lokasi lain kawasan ini hanya biasa-biasa sahaja. Tak berbaloi untuk bayaran RM15 sekepala.

Sejujurnya, baik simpan RM15 sekepala untuk membeli Kopi atau Teh serta Kek bila berkunjung ke Ladang Teh Boh Sungei Palas, ataupun ke Cameron Valley dan Bharat Tea.
 

Harga Tiket Masuk Ke Lavender Garden Cameron Highlands 04

Harga Tiket Masuk Ke Lavender Garden Cameron Highlands 05

Tiket-Masuk-Cameron-Lavender-Garden-Brinchang-Pahang-03
 

Kalau setakat nak cari lokasi bergambar yang cantik dengan pemandangan yang memukau, sebenarnya banyak lokasi di sini menawarkan kawasan yang Percuma sahaja. Ladang Teh Boh, Bharat Tea dan Cameron Valley boleh diakses masuk percuma sahaja di sekitar kawasan berdekatan. Ada beberapa lokasi Ladang Strawberry kat sini tawar ladang masuk dengan pilihan buah strawberry yang merah memukau.

Bukan niat untuk boikot lokasi seperti ini, tetapi pengusaha atau pemilik mestilah menyediaka kawasan yang lebih berbaloi untuk kadar bayaran yang dibayar oleh pelawat. Kalau ditanya berapa kadar tiket masuk yang berpadanan kalau ke Lavender Garden, saya syorkan hanya sekadar bayaran RM5 Dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Untuk pilihan tempat menarik di cameron Highlands boleh lihat pautan ini. Pahang Tourism Cameron Highlands

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.