GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Ladang Teh Paling Popular Di Cameron Highlands Pahang

Lokasi pelancongan tanah tinggi memang agak popular di Malaysia, memandangkan lokasi seperti ini menawarkan suhu sejuk dan dingin, tidak ada di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Suhu yang sejuk, tanah yang subur untuk tanaman seperti Teh. Jadi, kalau ke Tanah Rata tidak sah kala tidak lawat Ladang Teh Paling Popular Di Cameron Highlands Pahang.

Ladang teh yang besar ini dikatakan ladang teh yang pertama ditanam di Habu, Cameron Highlands Pahang. Ia kini menjadi lokasi ladang teh paling popular dikalangan pelancong kalau berkunjung ke sini.

Baca : Penginapan Homestay Family Paling Murah dan Berbaloi Di Cameron Highlands

 



 

Ladang Teh Paling Popular Di Cameron Highlands Pahang

Ladang_Teh_Popular_Di_Cameron_Highlands_03 copy

Ladang_Teh_Popular_Di_Cameron_Highlands_02
 

Sejarah Ladang Teh Boh Plantation Sungei Palas

BOH Plantations Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Boh ialah pengeluar teh hitam yang terbesar di Malaysia, dengan pengagihan domestik dan antarabangsa yang dimiliki oleh BOH Plantations Sdn Bhd. BOH Tea Plantation, yang terletak di Cameron Highlands, Pahang, Malaysia juga ladang teh terbesar di Malaysia.

BOH Plantations ditubuhkan pada tahun 1929 oleh J. A. Russell, seorang ahli perniagaan British berpendidikan British yang dilahirkan di zaman penjajah British di Tanah Melayu. Russell tiba di Kuala Lumpur pada usia tujuh tahun, pada tahun 1890; eksport utama ketika itu timah. Sebelum BOH, Russell telah bekerja di Straits Trading Company, belajar bertutur dalam beberapa dialek Cina (bersama-sama dengan Melayu) dan menjalin hubungan dengan pelombong-pelombong Cina kaya. Selain melabur dalam timah, Russell dan adik-beradiknya (Philip, Donald dan Robert) melabur dalam industri getah baru yang berkembang pada tahun 1908. J. A. dan Philip juga melabur dalam pembinaan yang berkaitan kereta api, termasuk stesen keretapi Kuala Lumpur. Pada tahun 1913, Russell membeli hampir satu pertiga daripada harta tanah di bandar Ipoh. Beliau dan Donald (jurutera perlombongan dari Colorado School of Mines) menubuhkan kolieri di Batu Arang, Selangor kira-kira 25 kilometer dari ibu negara.
 

Ladang_Teh_Popular_Di_Cameron_Highlands_01

Ladang_Teh_Popular_Di_Cameron_Highlands_04

Ladang_Teh_Popular_Di_Cameron_Highlands_06
Pekerja Sedang Memotong Pucuk Pokok Teh

SCENIC VIEW OF THE TEA PLANTATION (CAMERON HIGHLAND) - PAHANG
 

Selain dari Sungei Palas, ada dua lagi ladang teh popular di Cameron Highlands termasuk Cameron Valley Tea House dan juga Bharat Tea Plantation.

Untuk ke lokasi Sungei Palas, Boh Plantation ni ada beberapa lokasi menarik untuk anda bergambar. Paling mudah kira-kira 600m dari jalan masuk utama, ada selekoh yang disediakan ruang untuk parkir kereta. Di sini, pemandanga sebelah pagi dan juga petang memang menarik.

Lihat sahaja rezeki kami ketika singgah di sini. Kebetulan ada matahari petang memancar dengan sedikit biasan rintikan air hujan. Maka jadilah pemandangan belakang dengan adanya 2 pelangi yang cantik.

Nak singgah sini agak susah kerana jalan yang sempit. Tetapi, jika sudah sampai kawasan ini, singgahlah untuk menikmati pemandangan indah ini. Ia Percuma untuk semua.

Informasi lanjut tentang ladang teh Boh Plantation di Cameron Highlands ini boleh layari laman web rasmi Boh Plantation.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.