GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Masuk Percuma Ke BOH Sungai Palas Tea Centre Cameron Highlands

Selama beberapa kali melancong ke Cameron Highlands, hanya satu lokasi ini sahaja menjadi tumpuan ramai setiap tahun. Paling menarik ia adalah tempat paling cantik di kawasan ini. Pengalaman kami Masuk Percuma Ke BOH Sungai Palas Tea Centre Cameron Highlands, Pahang.

Terletak kira-kira 11km dari pekan Tanah Rata, perjalanan ke sini memang kena melalui jalan ladang yang sempit dan berliku-liku. Kenderaan besar seperti bas atau van besar masih boleh melalui kawasan ini tetapi dengan skil pemanduan yang baik. Ini kerana ada banyak laluan menuju Boh Tea Centre Sungai Palas adalah kecil dan sehala.

Baca : Penginapan Di Homestay Murah Cameron Highlands Pahang

 



 

Masuk Percuma Ke BOH Sungai Palas Tea Centre Cameron Highlands

Masuk Percuma Ke BOH Sungai Palas Tea Centre 01 copy

Masuk Percuma Ke BOH Sungai Palas Tea Centre 02
Tangga Menuju Boh Tea Centre

 

Laman Web Boh House Of Tea Cameron Highlands

Untuk menuju ke kawasan Tea Centre Boh Sungei Palas, ia memakan masa sekitar 45 dari Tanah Rata. Ladang teh ini dibuka setiap Selasa hingga Ahad bermula pada jam 8.30am hingga jam 4.30pm. Ia ditutup pada hari Isnin dan beberapa hari ketika hari Cuti Umum tertentu.

Pun begitu, juga anda bercadang nak datang untuk melihat Matahari Terbit atau Matahari Terbenam di Boh Sungei Palas, boleh berbuat demikian di sekitar ladang teh. Ada beberapa lokasi disediakan untuk kemudahan pelancong seperti ruang meletak kereta yang terhad. Pemandangan Sunrise dan Sunset disini memang cantik.

Tidak hairanlah kalau Ladang Teh Boh ini menjadi salah satu Ladang Teh Terbaik di Malaysia.
 

Masuk Percuma Ke BOH Sungai Palas Tea Centre 04

Masuk Percuma Ke BOH Sungai Palas Tea Centre 05

Masuk Percuma Ke BOH Sungai Palas Tea Centre 06

Masuk Percuma Ke BOH Sungai Palas Tea Centre 07
Pemandangan Indah di Boh Tea Plantation

Masuk Percuma Ke BOH Sungai Palas Tea Centre 08

Masuk Percuma Ke BOH Sungai Palas Tea Centre 09
Cafe di Boh House of Tea Cameron Highlands

 

Saya harus memberikan kredit dan penghargaan kepada pihak BOH Tea Plantation Sungei Palas. Ini kerana mereka menyediakan laluan yang agak selesa menuju hingga ke kaki bukit Boh Tea Centre dan juga ruang tempat letak kereta yang luas.

Kemudahan tangga dan kemudahan lain yang percuma termasuk ruang info tentang sejarah dan aktiviti di Ladang Teh, lawatan ke kilang, kemudahan Cafe dan juga ruang Surau dan tandas yang selesa. Ini semua PERCUMA tidak ada sebarang yuran kemasukkan.

Sebab itu, sejak dari dulu, destinasi di Boh Sungei Palas ini menjadi salah satu tarikan utama pelancong kalau melancing ke Cameron Highlands Pahang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.