GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Cyclist Tips Beli Aksesori Basikal Murah Dan Berbaloi

Musim tengah viral, kini orang Malaysia ramai termakan dengan ‘racun’ berbasikal. Ia satu fenomena yang bagus untuk aktiviti sihat, aktiviti yang memberi faedah kepada kesihatan penggunanya. Fenomena viral ini sangat rare, hinggakan, kebanyakkan kedai basikal kehabisan stok tidak kira stok basikal atau stok aksesori basikal. Untuk itu, sebagai beginner tetapi orang tua, saya nak kongsi Cyclist Tips Beli Aksesori Basikal Murah Dan Berbaloi.

Tujuan entry ini aalah untuk berkongsi idea tentang fenomena yang tiba-tiba panas di Malaysia. Harga basikal dikatakan naik sehingga 30% dan sesetengah koleksi rare dan premium naik sehingga 50% bergantung kepada permintaan. Aksesori dan parts basikal juga turut naik, seiring dengan harga basikal.

Baca : Basikal Lipat Terbaik Untuk Pilihan Rider Amatur

 



 

Cyclist Tips Beli Aksesori Basikal Murah Dan Berbaloi

Beli-Aksesori-Basikal-Murah-Dan-Berbaloi-01
 

Pertama seali, jika anda adalah newbie seperti saya, yang baru kembali nak berjinak-jinak dengan basikal, maka jangan terlalu gopoh dengan tawaran harga yang ditawarkan. Hampir kebanyakkan harga basikal yang dijual masa kini, sekitar dari bulan Julai hingga artikel ini ditulis, Ogos 2020, adalah harga yang lebih tinggi dari harga jualan biasa.

Jangan kata harga basikal baru, basikal terpakai yang sudah setahun dua juga masih lagi mempunyai nilai ‘resell’ jika ia adalah model terkenal seperti Brompton, Java, Dahon, Tern dan beberapa model basikal lain.

Seeloknya, buat research dan survey harga market dengan sebaiknya. Pilih jenis basikal yang sesuai dengan kegunaan kita supaya tidak menyesal dan menjual kembali dalam masa hanya beberapa bulan yang akan datang. Dapatkan nasihat rakan yang sudah lama ada pengalaman dalam berbasikal.

Beli-Aksesori-Basikal-Murah-Dan-Berbaloi-03

Nak tahu aksesori yang biasa cyclist guna di basikal mereka, boleh semak gambarajah seperti di atas.

Beli-Aksesori-Basikal-Murah-Dan-Berbaloi-04

Beli-Aksesori-Basikal-Murah-Dan-Berbaloi-04

Saya sendiri membuat pemerhatian di puluhan kedai basikal termasuk kedai sukan pasaraya besar, kedai butik basikal, kedai basikal biasa dan juga kedai basikal secara online. Apa yang berani saya kata, jualan aksesori basikal di online, jauh lebih murah berbanding dengan harga basikal dan aksesori yang dijual di kedai butik basikal.

Mungkin ada yang nak beli basikal baru. Mungkin juga anda dah beli basikal, cuma sekarang nak upgrade atau nak cari aksesori basikal seperti Pelana (Saddle), Paddle, Tayar, Lampu Basikal, Rak Botol Air dan banyak lagi. Sabar dulu, kita buat survey sebelum membeli.

Kualiti tak sama? Ya betul, setiap kedai menjual produk aksesori yang mempunyai kualiti yang tidak sama. Namun harus diingat kebanyakkan produk dijual dengan harga mahal hanya sebab jenama dan kedudukan kedai yang berada di lingkungan kawasan elit akan menyebabkan harga produk tersebut jauh lebih mahal.
 

Beli-Aksesori-Basikal-Murah-Dan-Berbaloi-05

Beli-Aksesori-Basikal-Murah-Dan-Berbaloi-05

Beli-Aksesori-Basikal-Murah-Dan-Berbaloi-06

 



 

Produk yang dijual dikedai sukan di dalam pasaraya seperti di Decathlon punyai pilihan yang agak banyak dan menawarkan harga yang agak murah. Namun, pilihan untuk jenis dan saiz tidak sebanyak yang ada di kedai basikal biasa.

Namun harus diingatkan, jika sekiranya produk yang anda nak beli adalah untuk parts yang penting seperti helmet, tayar basikal, sistem brek atau rantai basikal, seeloknya anda beli yang mempunyai kualiti. Ini kerana, setiap pengguna basikal tidak akan berkrompomi dengan kualiti parts penting seperti ini.

Beli-Aksesori-Basikal-Murah-Dan-Berbaloi-09

Beli-Aksesori-Basikal-Murah-Dan-Berbaloi-10

Beli-Aksesori-Basikal-Murah-Dan-Berbaloi-11

Beli-Aksesori-Basikal-Murah-Dan-Berbaloi-12

Beli-Aksesori-Basikal-Murah-Dan-Berbaloi-13

Beli-Aksesori-Basikal-Murah-Dan-Berbaloi-14

Beli-Aksesori-Basikal-Murah-Dan-Berbaloi-15
 
Tetapi, jika sekadar ingin membeli meter basikal, lampu led, sticker dan aksesori tambahan lain, pilih yang lebih murah supaya anda tidak perlu membazir duit terlalu banyak hanya sekadar untuk menunjuk-nunjuk kehebatan sesuatu jenama sahaja.

Kalau nak dapatkan idea, aksesori yang cool untuk basikal anda boleh baca di pautan ini Mashable Bike Accessories.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.