GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Food Review Capati Kari Kambing Jalan Duta Kuala Lumpur

Pernah beberapa kali makan Capati di Duta Capati, Food Court Medan Jalan Duta, Kuala Lumpur ni. Sebelum ni, sudah cuba Capati dengan Kari Daging Lembu. Hari ini, singgah untuk sekali lagi cuba menu Kari Kambing pulak. Sebab ini, entry kali ini nak kongsi Food Review Capati Kari Kambing Jalan Duta Kuala Lumpur.

Sebelum ni pernah makan Capati dengan Kari Ayam, Capati dengan Kari Daging. Rasa capati kat sini lain sikit, sebab tukang masak Melayu. Kalau tempat lain selalunya tukang masak adalah Mamak atau India. Kat sini Duta Capati, owner dan tukang masak adalah orang Melayu kita.

Baca : Cari Pelan Rumah Banglo Cantik Tetapi Murah Dan Mampu Milik

 



 

Food Review Capati Kari Kambing Jalan Duta Kuala Lumpur

Capati Kari Kambing Jalan Duta Kuala Lumpur 02 copy
Capati Kari Kambing

Set harga Capati dan seketul Kari Kambing cuma RM9 sahaja. Dengan saiz sederhana, rasa daging ambing yang lembut dan sedap, memang berbaloi untuk dicuba. Kalau tak silap, awal pagi lagi menu ini duah ada untuk hidangan sarapan pagi.

Ruang parkir mudah di sini, boleh parkir tepi jalan besar, bersebelahan dengan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta. Kalau naik motorsikal lagi la mudah.

Capati Kari Kambing Jalan Duta Kuala Lumpur 01

Capati Kari Kambing Jalan Duta Kuala Lumpur
 

Secara peribadi rasa kari daging kambing kat sini memang lembut. Tak perlu risau nak gigit, masuk dalam mulut jer terus rasa rempah dengan rasa daging kambing yang enak. Tak ada bau hamis, semestinya kalau korang peminat daging kambing, kari kambing sini memang sedap.

Kalau tak nak makan dengan Capati, ada pilihan nasi dan juga nasi beriani. Boleh padankan dengan lauk kegemaran korang samada ayam, kari daging atau kari kambing. Semua berbaloi untuk korang cuba satu persatu.

Kalau berada sekitar Kuala Lumpur, boleh cari lokasi di Google Maps atau klik sini Duta Capati & Duta Beriani Kuala Lumpur.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.