GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Food Review Mee Kicap Mee Kari Ramli Bidor Perak

Gerai makan paling popular di Bidor dikalangan rider motorsikal dan juga sekitar tol Bidor. Hanya 100 meter dari Tok Bidor, terletak lokasi makan ‘vintage’ cara orang Perak. Kat sini, saya cuba Food Review Mee Kicap Mee Kari Ramli Bidor Perak. Jika dari KL melalui Bidor, mesti singgah untuk rasa sendiri.

Gerai kampung yang dibuka seawal jam 7.00 pagi ini pasti akan jadi pilihan anda. Sempoi dengan menu Mee Kicap, Mee Kari dan beberapa menu lain yang biasa bagi menu ringan untuk sarapan pagi dan juga makan tengahri. Paling unik, pastinya Mee Kicap Ramli Bidor.

Baca : Rahsia Cara Bina Rumah Banglo Dengan Wang Tunai

 



 

Food Review Mee Kicap Mee Kari Ramli Bidor Perak

Mee-Kari-Ramli-Bidor-Perak-05 copy

Mee-Kari-Ramli-Bidor-Perak-01
Mee Kari Ramli Bidor

 

Saya dan rakan-rakan sebenarnya nak ke Batu Kurau mencari durian kampung. Memandangkan kami memang lalu Tol Bidor, kami ambil masa satu jam untuk singgah di sini sekejap untuk sarapan pagi. Seawal jam 7.30 pagi kami sudah sampai di sini. Alhamdulillah, masih ada banyak meja kosong dengan menu yang baru siap sedia.

Memandangkan sebelum ini mereka lebih terkenal dengan Mee Kari, nama gerai mereka diberi nama Mee Kari Ramli Bidor. Namun, hari ke sehari, menu Mee Kicap semakin mengatasi menu utama Mee Kari. Sebab itu, saya sendiri teruja untuk rasa dan Food Review Mee Kicap Ramli Bidor.
 

Mee-Kari-Ramli-Bidor-Perak-03

Mee-Kari-Ramli-Bidor-Perak-04

Mee-Kari-Ramli-Bidor-Perak-06
Mee Kari Ramli Bidor

Mee-Kari-Ramli-Bidor-Perak-07
 

Untuk informasi anda semua, Mee Kicap ini boleh dimakan dengan Kuah Sup atau Kuah Kari. Yang ada kicap cuma Mee sahaja. Jadi padanannya adalah samada untuk dimasukkan sup atau kuah kari, mengikut citarasa anda. Cuma, kalau order Mee Kari, memang akan dapat Kuah Kari šŸ™‚

Harga semangkuk cuma RM4.50 sahaja, murah kerana ini menu kampung yang memang menjadi pilihan ramai. Hidangan juga tidak kecil dan bersesuaian dengan menu sarapan pagi. Cuma, kalau mampu, boleh la cuba sekali Mee Kari Ramli Bidor kalau ke sini lagi.

Layari Laman Facebook Mee Kari Ramli Bidor Perak di sini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.