GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Musim Raya Qurban Cuba Resipi Sate Daging Harimau Menangis

Memandangkan raya haji tahun ni, ada dapat banyak daging Qurban sedekah dari jiran-jiran kampung, kami sekeluarga nak cuba resipi baru. Sebab itu, Musim Raya Qurban Cuba Resipi Sate Daging Harimau Menangis, sate yang pedas lemak dan manis untuk hidangan makan malam. Jangan salah faham, bukan kami bakar daging Harimau, cuma diorang kata ‘Harimau Menangis’ sebab ia sate yang terlalu pedas.

Bermula dengan memotong daging berbentuk kiub dan untuk dicucuk, sebolehnya kami tak nak letak lemak atau benda lain selain dari daging. Selepas dapat cucuk dalam 100pcs, kami perap dengan bahan-bahan yang telah dikisar dari awal. Bahan-bahan yang dikisar ialah Daun Serai, Halia, Jintan Putih, Jintan Manis, Bawang Putih, Bawah Merah, Gula dan juga Serbuk Cili (Flakes).

Nak sedap, kami perap semalamam biar ia sebati.

Baca : Cita-Cita Untuk Bina Rumah Impian Tanpa Hutang. Bagaimana Caranya?

 



 

Musim Raya Qurban Cuba Resipi Sate Daging Harimau Menangis

Resipi-Sate-Daging-Harimau-Menangis-02 copy

Resipi-Sate-Daging-Harimau-Menangis-01
Resipi Rahsia Perap Sate Daging

 

Untuk kali ini, saya sediakan 2 perapan. Satu perapan, saya perap dulu dengan Air Coke semalaman untuk lembutkan daging. Satu lagi perapan hanya dengan perapan Bahan-bahan tadi.

Selepas semalaman, baru kami keluarkan untuk dibakar. Sebaiknya, gunakan bara api dari arang yang sederhana, supaya api tidak kuat dan sate akan masa sekata, tidak hangus. Kalau hangus, nanti kemungkinan ia akan jadi keras dan tak sedap.
 

Resipi-Sate-Daging-Harimau-Menangis-03

Resipi-Sate-Daging-Harimau-Menangis-05

Resipi-Sate-Daging-Harimau-Menangis-06
 

Kami bukan chef yang hebat, tapi kalau sesekali buat kerja bakar sate, memang ramai datang makan. Hahaha. Tak sampai 30 minit, kesemua 100pcs sate habis dibakar. Satu bahagian pedas biasa dan satu lagi pedas Harimau Menangis.

Memandangkan musim raya haji, lagi la meriah dengan sanak saudara sekeliling rumah. Kemeriahan makan bersama tu lebih sedap. Bila ditanya, semua kata sedap! 🙂

Tapi, untuk menu Sate Daging Harimau Menangis ni, memang kena pandai masak. Menu yang kami buat ni, keras sikit, api kuat tak sempat nak kawal. Rasa perapan tu ada, cuma kena cari rempah apa lagi yang boleh membangkitkan bau Sate Daging ni supaya lebih sedap.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.