GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Sektor Pelancongan Pulau Pinang Menunjukkan Tanda Pemulihan

Kenaikan kadar inapan di hotel, motel, homestay di Pulau Pinang menunjukkan bahawa sektor pelancongan negeri tersebut secara beransur-ansur kembali pulih dari kesan wabak Covid-19. Ini memberi gambaran bahawa, Sektor Pelancongan Pulau Pinang Menunjukkan Tanda Pemulihan dan ia semakin menerima kemasukan ribuan pelancong tempatan saban minggu.

Menurut infirmasi, kebanyakan hotel melaporkan kadar penghunian antara 78 peratus hingga 100 peratus, terutama pada hujung minggu. Ia satu petanda yang baik untuk merancakkan kembali pelancongan domestik dan keyakinan pelancong untuk memilih pelancongan dalam Malaysia sebagai destinasi utama.

Baca : Beli Rumah Dan Jadikan Rumah Sebagai Mesin Cetak Wang

 



 

Sektor Pelancongan Pulau Pinang Menunjukkan Tanda Pemulihan

Sektor Pelancongan Pulau Pinang Menunjukkan Tanda Pemulihan
Experience Penang 2020

Dengan perkembangan yang baik ini, kita semua berharap tidak akan ada kelompok ‘kluster Positive Covid-19’ seperti kelompok Kurau atau kelompok Sivagangga kerana ini boleh mempengaruhi keyakinan pengunjung untuk melancong ke Pulau Pinang.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah melancarkan pelbagai promosi seperti pakej hotel dan tawaran untuk menarik pelancong tempatan ke negeri ini. Antara fungsi lain adalah untuk membantu kembali membangunkan industri berkaitan pelancongan di Pulau Pinang.

Untuk anda yang berminat nak melancong ke Pulau Pinang, rujuk informasi dan tawaran hebat yang dipromosikan di platform pelancongan negeri, penangtraveldeals.com.

 



 

Kenaikan Jumlah Pelancong Ke Pulau Pinang Petanda Baik

tempat-menarik-di-pulau-pinang-malaysia

Baca : Statue Transformers di Pulau Pinang

Mengenai empat kes Covid-19 yang dilaporkan di Pulau Pinang, Chow mengatakan 37 kenalan rapat telah dikenal pasti dan dikaitkan dengan kelompok Kurau dan Sivagangga.

Pihak Kerajaan Pulau Pinang memberi jaminan bahawa keadaan kes Coronavirus Covid-19 di Pulau Pinang adalah terkawal.

Kawasan Seberang Perai Tengah sekarang diisytiharkan sebagai zon kuning dan Majlis Bandaraya Seberang Perai telah mengumumkan rancangan tindakan segera untuk menghentikan penyebaran Covid-19. Ini usaha untuk mengekang penularan wabak supaya ia tidak berjangkit ke bahagian lain.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah bila Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah menutup 13 premis makanan kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP). MBSP juga telah meningkatkan jumlah penguatkuasa menjadi 3,091.

Pulau Pinang terkenal dengan jolokan Pulau Mutiara dan mempunyai tarikan utama pelancongan makanan bagi seluruh rakyat Malaysia, termasuk pelancong asing. Nasi Kandar antara menu makanan utama, menu wajib cuba kalau melancong ke tempat- tempat menarik di Pulau Pinang, Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.