GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Kat Mana Nak Tempah Insole Tapak Kasut Untuk Keselesaan Kaki

Mungkin anda tak perasan yang kaki manusia ini sebenarnya mempunyai jenis-jenis tapak kaki yang berbeza. Sesetengah orang mempunyai tapak kaki berbeza. Paling ketara adalah jenis ‘foot arch’ yang mana gelembung terbuka ini bertindak menyokong tiap kali kita berdiri. Jadi untuk mengatasi masalah ini, mesti ada yang nak tahu, Kat Mana Nak Tempah Insole Tapak Kasut Untuk Keselesaan Kaki?

Untuk informasi anda, insole adalah lapik kasut dibahagian dalam yang dicipta untuk memberikan keselesaan kepada si pemakai ketika memakai kasut atau sandal. Insole yang betul akan menyokong tapak kaki anda ketika berdiri atau berjalan supaya ia memberikan tekanan yang selesa dan tidak memberikan impak bahaya kepada tulang belakang dan tulang anda.

Baca : Tempat Beli Kasut Murah Di Tokyo Jepun

 



 

Kat Mana Nak Tempah Insole Tapak Kasut Untuk Keselesaan Kaki

Kat Mana Nak Tempah Insole Tapak Kasut Untuk Keselesaan Kaki
 

Sebelum ini, memang saya sendiri tidak perasan yang tapak kaki saya jenis yang ada ruang arch yang sederhana besar. Kesan dari arch yang tidak sekata ini akan membuatkan kaki cepat letih dan ‘posture’ badan yang tidak seimbang jika menjalankan aktiviti seharian. Paling teruk, ia boleh memberikan risiko sakit belakang, sakit lutut dan kesan-kesan sampingan berkaitan.

Sebab itu, saya sendiri mencari pakar yang boleh membuat tempahan khas untuk insole tapak kasut supaya saya boleh guna ketika menjalankan aktiviti seharian. Paling tidak ia menyokong tapak kasut saya dengan lebih selesa.

Akhirnya, saya diberitahu bahawa ada syarikat yang diberi nama BioApps Sdn Bhd, bertempat di Universiti Malaya menyediakan perkhidmatan ini. Terbaik.

Kat Mana Nak Tempah Insole Tapak Kasut Untuk Keselesaan KakiTempah Insole Tapak Kasut Untuk Keselesaan Kaki 04

Tempah Insole Tapak Kasut Untuk Keselesaan Kaki 05
Jenis-jenis Tapak Kaki (Foot Arch)

Pertama kali singgah di BioApps Sdn Bhd Universiti Malaya pada bulan Februari 2020. Selepas berpuas hati, saya cuba untuk menempah lapik tapak kasut dengan membuat mold (acuan) kaki sendiri. Ia bertujuan untuk menyukat saiz dan bentuk yang bersesuaian untuk pakar disini membuat insole khas untuk kaki saya.

Akhirnya, selepas 2 minggu insole yang sudah siap boleh terus dimasukkan ke dalam kasut atau sandal yang saya guna. Semudah A, B, C, insole ini hanya diselitkan ke dalam kasut. Kemudian saya akan pakai seperti biasa.

Hasilnya menakjubkan. Sangat selesa. Terasa tapak kaki ini menekan lantai tetapi dengan keadaan lebih seimbang dan selesa. Ia mungkin akan memberikan saya kelebihan dan mengurangkan risiko sakit belakang dan sakit lutut.

Paling puas hati, insole yang satu pasang ini saya boleh tukar ke mana-mana kasut yang saya guna, malah boleh letakkan di dalam sandal yang saya pakai seharian. Bukan sahaja selesa, malah harga untuk buah tempahan khas insole ini dikira sangat berpatutan.

Tempah Insole Tapak Kasut Untuk Keselesaan Kaki 01
Tempah Insole Tapak Kasut Untuk Keselesaan Kaki 01

Tempah Insole Tapak Kasut Untuk Keselesaan Kaki 02

Tempah Insole Tapak Kasut Untuk Keselesaan Kaki

Tempah Insole Tapak Kasut Untuk Keselesaan Kaki 05

Tempah Insole Tapak Kasut Untuk Keselesaan Kaki 07
Pakai Insole Dan Guna Untuk Kayuh Basikal

Kalau anda rasa sebelum ini selalu sakit lutut dan ada masalah sakit belakang, tanpa mengetahui punca, apa kata cuba check arch foot, tapak kaki anda. Lebih mudah, sila lah ke BioApps Sdn Bhd Universiti Malaya untuk tengok sendiri potensi risiko tapak kaki anda.

Syarikat BioApps Sdn Bhd ni bukan sahaja buat lapik tapak kasut (insole) malah mereka pakar dalam menyediakan kaki palsu dan alatan sokongan anggota berkaitan. Nak tahu bagaimana boleh tempah dan buat kaki palsu, boleh layari laman web BioApps Products mereka untuk lihat produk-produk mereka.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.