GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Mandi Manda Di Private Pool Grand Lexis PD Garden Pool Villa Upper Unit

Andainya anda bercuti di Resort Grand Levis Port Dickson, jangan buang masa dengan lepak dalam bilik sahaja. Penuhkan masa anda dan keluarga dengan aktiviti Mandi Manda Di Private Pool Villa Grand Lexis PD. Macam kami, pilih untuk bilik di Garden Pool Upper Unit, tingkat satu yang mempunyai pemandangan luar. Luas depan mata dengan cahaya matahari yang segar.

Kelebihan di sini, setiap bilik hotel ada kolam mandi persendirian. Jadi, untuk kita sekeluarga, tidak perlu risau dengan gangguan orang lain. Kolam mandi tersebut hanya untuk family yang menginap di unit yang sama sahaja. Tak perlu nak kongsi dengan orang lain.

Baca : Grand Lexis Tawar Harga Murah Masa Promosi MATTA FAIR

 



 

Mandi Manda Di Private Pool Grand Lexis PD Garden Pool Villa Upper Unit

Private_Pool_Hotel_Grand_Lexis_PD_01

Private_Pool_Hotel_Grand_Lexis_PD_02

Private_Pool_Hotel_Grand_Lexis_PD_03

Untuk info, di Resort Grand Lexis PD ini ada beberapa bilik yang boleh anda pilih dengan setiap bilik mempunyai private pool sendiri. Ia termasuk bilik Sky Pool Villa RM594, Premier Suite RM784, Garden Pool Villa (Low Unit) RM594, Deluxe Suite RM549, Garden Pool Villa (Upper Unit) RM594 dan paling mahal Grand Sky Pool Villa RM1104 untuk pakej 2 hari 1 malam.

Informasi lengkap tentang Resort Grand Lexis PD Negeri Sembilan ini boleh baca di laman web rasmi mereka di sini.

Kami sendiri, satu keluarga mula terjun dan berendam dalam kolam sejak mula-mula sampai hingga ke waktu malam. Kolam yang tidak terlalu dalam dan sesuai dengan kanak-kanak serta dengan kitaran air yang selalu ada membuatkan ia begitu segar.

Private_Pool_Hotel_Grand_Lexis_PD_03

Private_Pool_Hotel_Grand_Lexis_PD_05

Private_Pool_Hotel_Grand_Lexis_PD_05

Private_Pool_Hotel_Grand_Lexis_PD_08

Hanya perlu sediakan makanan santai dan boleh la berkelah di tepi kolam sementara mandi manda atau menunggu anak-anak berenang di dalam kolam persendirian ini tanpa rasa risau.

Satu pengalaman baru buat kami. Ia sesuatu aktiviti yang mengujakan kerana boleh melakukan aktiviti mandi manda dalam satu kolam tanpa ada gangguan luar atau orang lain. Cuba lah nanti kalau ke Grand Lexis Port Dickson Negeri Sembilan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.