GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Tempat Makan Best Di Port Dickson PD Waterfront Food Truck Park

Bertahun rasanya tidak datang melancong ke Port Dickson. Kesempatan kali ini, kami menginap di Grand Lexis PD dan seharian bermain dalam Private Swimming Pool. Menjelang malam, masing-masing lapar. Masa untuk cari lokasi menjamu selera untuk sekeluarga. Kali ini, sangat mudah nak pilih. Kalau nak tahu, Tempat Makan Best Di Port Dickson PD Waterfront Food Truck Park, ada jual pelbagai menu sedap dan murah untuk semua.

Tempat makan best di Port Dickson ini kini menjadi tumpuan ramai sejak setahun yang lalu. Ini kerana, lokasinya yang strategik, kemudahan parkir yang luas serta pelbagai menu hidangan tempatan, antarabangsa dan menu-menu makanan viral boleh dibeli di Food Truck di sini. Harga pun tidak la mahal sangat, masih dalam lingkungan mampu bayar.

Baca : Hotel Paling Best Di Port Dickson Negeri Sembilan

 



 

Tempat Makan Best Di Port Dickson PD Waterfront Food Truck Park

PD_Waterfront_Food_Truck_Park_01

PD_Waterfront_Food_Truck_Park_02

PD_Waterfront_Food_Truck_Park_03

Adal lebih dari 30 operator Food Truck berada di sini dan mereka menyajikan menu-menu yang pelbagai sesuai untuk pilihan sekeluarga. Ada banyak pilihan makanan seperti Nasi Ayam, Mee Kari, Char Kuey Teaw, Nasi Arab, Makanan Thai, Western, Kudap-kudap, Manisan dan banyak lagi termasuk pelbagai pilihan menu air dan air buah.

Gerai-gerai di sini mula beroperasi pada jam 5.00 petang dan ditutup hingga lewat malam.

Konsep makan di sini adalah meja terbuka. Duduk sahaja di mana-mana tempat dan anda boleh order makanan self-service dari mana-mana penjual Food Truck sekitar ini. Nikmati hidangan makanan anda dan selepas itu, harap dapat kemaskan meja dengan membuang sisa makanan dan sampah yang telah anda guna ke tong sampah berdekatan.
 

PD_Waterfront_Food_Truck_Park_04

PD_Waterfront_Food_Truck_Park_05

 



 

PD_Waterfront_Food_Truck_Park_06

PD_Waterfront_Food_Truck_Park_07

PD_Waterfront_Food_Truck_Park_08

PD_Waterfront_Food_Truck_Park_09
 

Untuk pengalaman makan malam dengan keluarga atau dengan kawan-kawan, kat sini, PD Waterfront Food Truck Park memang satu kelainan dan berbaloi untuk anda cuba. Tak perlu berbelanja besar, menu murah untuk semua.

Nak cari lokasi ini, dekat sahaja dengan bangunan McDonalds PD Waterfront dan ada banyak ruang parkir di sekelilingnya. Masuk dan Parkir adalah Percuma.

Layari laman Facebook Food Truck Port Dickson untuk maklumat lanjut

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.