GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Bila Tarikh Semak Keputusan BPN 2.0 Di Laman Web LHDN

Memandangkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin dah umum akan ada pemberian Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0), ramai rakyat Malaysia menarik nafas lega. Masing-masing dan mula bertanya adakah mereka layak untuk terima BPN 2.0 yang akan dibayar pada Oktober 2020 dan Januari 2021. Masing-masing tak sabar nak tahu Bila Tarikh Semak Keputusan BPN 2.0 Di Laman Web LHDN.

TERKINI : PERMOHONAN BARU BPN 2.0 DIBUKA PADA 15 OKTOBER HINGGA 15 NOVEMBER 2020.

Semakan Status Pembayaran BPN 2.0

Untuk makluman semua, tarikh 15 Oktober 2020 merupakan hari pertama untuk membuat semakan kelayakan BPN 2.0. Bagi mereka yang sebelum ini sudah layak, pada fahaman saya tidak perlu berbuat apa-apa kerana mereka akan layak secara automatik.

Baca : Bayaran Bantuan Prihatin Nasional Malaysia

 



 

Bila Tarikh Semak Keputusan BPN 2.0 Di Laman Web LHDN

Semakan BPN 2.0 LHDN Malaysia
 

Oh ya, mereka yang sebelum ini belum membuat rayuan permohonan untuk mendapatkan BPN 2.0, akan turut menerima keputusan mereka pada tarikh 15 Oktober 2020.

Di sebabkan itu, mungkin akan berlaku kesesakan trafik carian portal BPN LHDN yang akan menyebabkan anda gagal akses ke portal tersebut. Sabar, tempoh semakan ialah selama satu bulan dari 15 Oktober hingga 15 November 2020.
 

bpn_2.0_bantuan_prihatin_nasional
BPN 2.0 Bantuan Prihatin Nasional 2020

Untuk makluman ringkas, ini ialah maklumat tentang BPN 2.0 untuk makluman anda semua :

SEMAKAN KELAYAKAN BPN

Penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.

PERMOHONAN BARU BPN 2.0

Anda tidak perlu memohon sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.

Permohonan baharu boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0.Permohonan baharu BPN boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020.

Oleh sebab itu, anda mempunyai masa SEBULAN untuk membuat permohonan baru.

Sekiranya anda berjaya memohon rayuan pada 15 Oktober 2020, bayaran BPN 2.0 akan dibayar pada Januari 2021 sekaligus.

SOALAN LAZIM BPN 2.0

Soalan : Berdasarkan semakan, saya telah lulus sebagai penerima M40 semasa BPN 2020. Bolehkah saya merayu untuk menerima bayaran sebagai penerima B40 bagi BPN 2.0?

Jawapan : Kategori kelayakan BPN 2.0 adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020.

Soalan : Saya adalah penerima BPN 2020 di bawah kategori Bujang dan telah berkahwin. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori isi rumah?

Jawapan : Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 di bawah kategori Isi Rumah sekiranya menepati syarat kelayakan.

Soalan : Saya adalah pasangan kepada penerima BPN 2020 sebelum ini di bawah kategori Isi Rumah dan telah bercerai. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori ibu / bapa tunggal?

Jawapan : Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 kategori ibu / bapa tunggal sekiranya menepati syarat kelayakan.

Soalan : Saya merupakan bujang yang akan memasuki umur 21 tahun pada tahun 2021. Sekiranya saya belum cukup umur 21 tahun semasa permohonan dibuka, adakah saya layak memohon?

Jawapan : Pemohon yang layak memohon adalah pemohon yang lahir pada tahun 1999 dan ke bawah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.