GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Contohi Budaya Orang Jepun Yang Pembersih

Setiap kali saya travel ke negara Jepun, pasti akan tertarik dengan kebersihan yang ditunjukkan oleh masyarakat Jepun, walau dimana-mana sahaja, tak kira di Tokyo, Osaka, Fukuoka atau di Sapporo. Tahap kesedaran dan kebersihan mereka memang tinggi. Kita, patut Contohi Budaya Orang Jepun Yang Pembersih. Ia sangat memerlukan disiplin yang tinggi.

Kenapa Orang Jepun boleh menjaga kebersihan negara mereka dengan begitu baik sekali? Semestinya kerana sifat suka bersih dan disiplin dalam diri sendiri yang membuatkan negara mereka sentiasa bersih. Budaya dan disiplin ini bukan dipupuk setahun dua, malah sejaka ribuan tahun terdahulu.

Baca : Tempat Menarik di Hokkaido Jepun

 


Contohi Budaya Orang Jepun Yang Pembersih

Contohi_Budaya_Orang_Jepun_Yang_Pembersih_02 copy

Belakang Kedai Sekitar Asakusa Street Tokyo

Cubalah anda singgah di mana-mana bahagian di negara Jepun, pasti akan teruja melihat terlalu sikit sampah yang mungkin ada di atas jalan. Walaupun dalam jarak 100 meter, kita tidak akan nampak tong sampah, rakyat Jepun khususnya tidak akan suka-suka hati membuang sampah dikaki lima atau di mana-mana lokasi tepi jalan.

Dalam disiplin mereka, jika ia sampah yang mereka guna, mereka akan cuba bawa balik dan buang dikawasan mereka sendiri.

Sekitar stesen Keretapi, LRT, Subway, Monorail atau stesen Shinkansen, memang ada disediakan tong sampah, tetapi ia adalah terhad. Secara peribadi, sampah-sampah yang kebanyakkan dibuang di dalam tong sampah adalah dari pelancong atau orang asing.

Contohi_Budaya_Orang_Jepun_Yang_Pembersih_01
Asakusa Street Jepun
Contohi_Budaya_Orang_Jepun_Yang_Pembersih_03
Parking Persendirian di Jepun
Contohi_Budaya_Orang_Jepun_Yang_Pembersih_04
Lorong Red Light di Kabukicho Shinjuku
Contohi_Budaya_Orang_Jepun_Yang_Pembersih_05
Ameyokocho UENO Street

Kebanyakkan lokasi tumpuan pelancong di Jepun tetap bersih dan dijaga sebaiknya. Jarang sangat kalau kita lihat sampah berada di atas jalan. Jarang sekali.

Ya, orang Jepun pun memang kuat merokok. Tetapi, ada ruang merokok untuk Perokok juga disediakan dalam satu kawasan yang sangat terhad, supaya perokok tidak sesuka hati membuang puntung rokok sewenang-wenangnya.

Dalam hal lain seperti pengasingan bahan buangan memang sudah lama di praktikkan oleh orang Jepun. Bahan buangan yang merbahaya atau sesetangah bahan buangan yang lain perlu diasingkan dengan sebaiknya sebelum mereka buang di dalam tong sampah atau lori sampah. Undang-undang mereka agak ketat dalam beberapa hal berkaitan sampah. Tidak boleh sesuka hati membuang bahan terlarang di dalam tong sampah yang tidak berkaitan.

Kita di Malaysia, masih lagi merangkak dalam hal pengasingan bahan buangan. Kempen Kitar Semula dan juga pengasingan bahan buangan ini masih lagi lemah dikalangan masyarakat Malaysia. Perlu akan strategi baru, supaya kita boleh mengikut budaya menjaga kebersihan cara orang Jepun, supaya Malaysia akan turut bersih dalam beberapa tahun yang akan datang.

Mungkin buat permulaan, kita sokong usaha dari pihak KPKT ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.