GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Food Review Roti John Stadium Paroi Negeri Sembilan

Sebetulnya, lama tak buat aktiviti Jalan Jalan Cari Makan ke bandar Seremban, Negeri Sembilan. Kalau dulu, tahun 1995, lebih dari 6 bulan saya menetap di sana mencari rezeki sementara menunggu keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Alhamdulillah, minggu lepas, member ajak ke sana dan inilah cerita Food Review Roti John Stadium Paroi Negeri Sembilan.

Stadium Paroi sejak dulu lagi popular dengan gerai makanan disekitar bandar Paroi, Ampangan, Senawang dan Seremban. Tidak hanya meriah di waktu perlawanan bolasepak, ia juga meriah saban hari dengan lokasi menjamu selera penduduk sekitar Paroi dan bandar Seremban khususnya.

Baca : Popiah Basah Stadium Paroi Negeri Sembilan

 



 

Food Review Roti John Stadium Paroi Negeri Sembilan

Roti_John_Stadium_Paroi_Negeri Sembilan_01

Food-Review_Roti_John_Stadium_Paroi_Negeri Sembilan_02 copy
 

Ini kali kedua dinggah makan di Gerai Makan di Stadium Paroi. Sebelum ni singgah sebab nak rasa menu popular Popiah Basah Kuala Kangsar yang terkenal, dikenali dengan Popiah Stadium Paroi. Kali ini, singgah ada gerai Roti John Stadium yang semakin popular di sekitar Paroi dan Seremban.

Untuk percubaan, saya order menu yang popular, Roti John Stadium Daging. Harga cuma RM10 dengan saiz XL, cukup untuk hidangan makan 2 orang. Pilihan roti yang lembut, dengan tambahan telor dan juga isi daging yang agak banyak membuatkan rasa roti john kat sini berbaloi untuk anda makan.
 

 

Saya pasti, kalau setakat untuk rasa, hidangan ini boleh dikongsi untuk 4 orang memandangkan kita boleh mencuba menu lain seperti Oblong, Burger dan beberapa set menu pilihan lain yang juga tidak kurang popular di Gerai Roti John Stadium.

Selain dari Roti John Stadium, gerai ini ada juga menjual Burger Crispy Ayam, Daging, Kambing dan Benjo. Menu lain termasuk juga Oblong dengan pelbagai perisa. Layari laman Facebook mereka di Angah Burger Stadium (Roti John Stadium).

 



 

Selain dari menu Roti John, Burger dan Olong serta menu western, kat sini juga ada pilihan lain seperti Mee kari, Mee Sup, Nasi Ayam, Popiah Basah Stadium dan banyak lagi. Tidak terhad kepada satu gerai, boleh datang dan cuba pelbagai menu lain yang popular di Seremban.

Ruang parkir yang luas serta percuma serta keadaan ruang makan yang agak selesa dan santai mungkin antara penyebab ramai kaki makan sukan singgah untuk menikmati hidangan Popular dan Sedap di Seremban, Negeri Sembilan ini. Cuba la yer…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.