GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Mungkinkah Malaysia Akan Ada Darurat Politik Atau Darurat Kesihatan?

Ramai antara kita sedia maklum bahawa negara Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020 yang lalu. Kemudian, ada PKPD, PKPB dan PKPP. Kini, dikhabarkan mungkin Malaysia Akan Ada Darurat Politik atau Darurat Kesihatan, ekoran dari hal-hal berkaitan kuasa dikalangan orang Politik di Malaysia.

Jika betul Malaysia akan mengisytiharkan darurat, ramai yang mengharapkan ianya Darurat Kesihatan. Bagaimana perlaksanaannya, kami sendiri tidak pasti kerana tidak pernah ada pengalaman tentang hal-hal berkaitan ini.

Sumber :
MalaysiaKini https://www.facebook.com/Malaysiakini/posts/10157644004945906

Astro Awani https://www.facebook.com/astroawani/posts/10157580665610965

Baca : Situasi Wabak Pandemik Covid-19 Di Malaysia

 


Mungkinkah Malaysia Akan Ada Darurat Politik

Mungkin_Malaysia_Akan_Ada_Darurat_Politik_01 copy
 

Apakah Maksud Darurat

Darurat maksudnya suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa.
Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.

Tiga asas atau alasan boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membuat pengisytiharan darurat, iaitu, ancaman ke atas :
i. Keselamatan negara; atau
ii. Kehidupan ekonomi; atau
iii. Ketenteraman awam

Setakat ini, masih ada kepastian lagi. Sebagai rakyat Malaysia yang jenis suka travel, perlaksanaan PKP mahupun Darurat pasti akan membantutkan perjalanan mereka-mereka yang jenis kaki jalan.

Namun, keselamatan umum perlu diutamakan. Ekoran penularan wabak Covid-19 ini, kita sebagai rakyat hendaklah akur dengan arahan pihak berkuasa supaya semua keadaan yang getir ini akan kembali normal.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin katanya dalam proses menghadap Yand DiPertuan Agong. Sebarang keputusan yang akan dibuat, apa yang akan berlaku kepada Malaysia, darurat atau tidak, kita kena bertenang.

Keputusan untuk Darurat hanya akan diputuskan oleh kepintaran dan kebijaksaan Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah.

Kita Jaga Kita. Harap segala masalah yang ada di Malaysia ketika ini, Covid-19, Ekonomu yang merudum, ketidakstabilan politik dan semua masalah yang ada akan selesai dengan segera. Sebolehnya, jangan lah sampai ada darurat, Aminnn…

Maklumat yang sahih, sila rujuk kepada sumber yang asli dan elakkan percaya kepada berita palsu.

Untuk kaki jalan seperti saya, fokus dulu travel dalam Malaysia buat sementara ini. Kita explore dulu negara kita Malaysia. InsyaAllah, banyak lagi destinasi Trully Malaysia yang lebih berbaloi untuk kita lawati.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.