GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Selangor, Putrajaya Dan KL 14 Oktober 2020

Selepas Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan awal Oktober, kini giliran negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Selangor, Putrajaya Dan KL bermula 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020. 14 hari warga Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur tidak dibenarkan rentas daerah dan sempadan.

Sejak seminggu yang lepas, kenaikkan mendadak kes baharu Covid-19 sehingga ia mencecah 593 kes semalam. Dengan pecahan kes ada yang menampakkan kenaikkan yang banyak di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Baca : Kes Covid-19 di Malaysia

 



 

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Selangor, Putrajaya Dan KL 14 Oktober 2020

Perintah_Kawalan_Pergerakan_Bersyarat_Selangor copy

Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat PKPB
Pengumuman PKPB oleh Menteri

 

Oleh sebab itu bermula 12.01am malam ini, tarikh 14 Oktober 2020 ia akan berkuatkuasa dan sekatan jalanraya akan diadakan di lokasi-lokasi terpilih dan strategik.

Kita di dalam kawasan Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur nampaknya tidak dapat la melancong keluar dari kawasan ini. Untuk mereka dari kawasan ini yang bercadang nak travel ke Port Dickson, Ipoh, Kuantan atau Melaka pada hujung minggu ini, terpaksalah dibatalkan.

Untuk anda yang dah beli tiket penerbangan, boleh tak keluar dari daerah dan menaiki pesawat? Baca di sini.

Tapi jangan risau, kegiatan ekonomi yang penting masih lagi boleh beroperasi dengan kawalan SOP yang ketat. Boleh melakukan aktiviti riadah seperti jogging dan berbasikal dalam lingkungan maksima 10 orang dengan penjarakkan sosial, supermarket masih lagi dibuka, pejabat masih beroperasi dan beberapa lagi kelonggaran lain.
 

kes_baharu_covid-19_malaysia
Kes Baharu Covid-19 Terkini pada 12 Oktober 2020

 

Inilah padah bila ramai antara kita yang setelah diberi kelonggaran semasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) tetapi tidak menjaga SOP dengan baik. Kesannya, wabak Covid-19 kembali merebak dengan Gelombang Ketiga (menurut KKM) antara kluster yang agak bahawa kerana sifat Virus yang telah mutasi.

Oleh sebab itu, 2 minggu yang akan datang, sila berhati-hati dan jaga SOP dengan sebaiknya. Ini kerana, kalau tidak dijaga sebaiknya, tempoh PKPB mungkin akan dipanjangkan lagi dan pasti ia akan menyusahkan semua rakyat dan warga Selangor, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur.

Paling teruk, jika ia merebak ke negeri lain berdekatan. Nauzubillah.

Informasi lanjut tentang PKK, PKPP, PKPB dan apa lagi Perintah Kawalan Pergerakkan di Malaysia, boleh rujuk di laman Facebok Majlis Keselamatan Negara.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.