GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Tempat Popular Pintasan Saloma Link Bridge Kuala Lumpur

Ini dia lokasi yang tengah viral di Kuala Lumpur, Pintasan Saloma. Adakah anda ingin mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan dengan cahaya berwarna di Kuala Lumpur? Masuk percuma dengan pemandangan bangunan KLCC dan juga pencakar langit lain yang cantik? Ini dia Tempat Popular Pintasan Saloma Link Bridge Kuala Lumpur.

Ia menjadi satu lagi tambahan terbaru untuk tarikan tempat pelancongan di Kuala Lumpur dengan nama Saloma Link Bridge. Sebuah jambatan pejalan kaki yang dibuka untuk orang ramai pada awal tahun 2020.

Baca : Tempat Menarik di Kuala Lumpur Untuk Pelancong Wajib Lawat

 



 

Tempat Popular Pintasan Saloma Link Bridge Kuala Lumpur

pintasan-saloma-link-bridge-kuala-lumpur-01 copy

pintasan-saloma-link-bridge-kuala-lumpur-02
 

Pintasan Saloma, jambatan sepanjang 370 meter ini menghubungkan kawasan Kampung Baru dan Pusat Bandar Kuala Lumpur. Pejalan kaki dan penunggang basikal boleh menggunakan jambatan untuk menyeberangi Sungai Klang ke Jalan Ampang dengan mudah. Seberang sana, dibahagian kawasan Kampung Baru, disediakan kemudahan Lift setinggi 2 tingkat untuk kemudahan pengunjung.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan bangunan Jambatan ini, Pintasan Saloma Link Bridge dibina dengan lampu LED terang yang memberikan pencahayaan berwarna-warni pada waktu malam. Di belakangnya, dari sudut pandangan dari Kampung Baru, terlihat pemandangan indah Menara Berkembar KLCC, bangunan pencakar langit ikonik Malaysia.
 

Pintasan_Saloma_Kuala_Lumpur

Pintasan_Saloma_Kuala_Lumpur
Pintasan Saloma Kuala Lumpur

Paling popular sekarang, ia menjadi lokasi wajib kayuh bagi peminat sukan berbasikal sekitar Kuala Lumpur. Ia menjadi laluan wajib bagi pengguna basikal hampir setiap hari.

Waktu operasi biasa Pintasan Saloma dikatakan selama 24 jam. Namun, oleh sebab ita dibuka dimasa pandemik wabak Covid-19 ia dikawal untuk mengelakkan bahaya wabak Novel Coronavirus apabila ramai pengunjung berkunjung ke sini.

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Pintasan Saloma Kuala Lumpur. Untuk ke sini anda boleh menaiki kenderaan sendiri dan parkir di sekitar bangunan KLCC atau Menara Public Bank Kuala Lumpur. Jika nak rasai pengalaman di Kampung Baru, boleh melalui laluan sekitar Kampung Baru dan parkir di kawasan berdekatan. Boleh juga datang ke sini dengan kemudahan Bas atau LRT dan berhenti di Stesen LRT Kampung Baru.

Kawasan sekitar ada banyak pilihan untuk lepak santai sambil menikmati menu makanan yang popular sekitar kawasan Syurga Makanan di Kampung Baru.

Wikipedia Pintasan Saloma Kuala Lumpur

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.