GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Product Review Folding Bike Tern Link C8 Saiz 20 inci

Setelah 2 bulan menggunakan basikal lipat jenama Tern Malaysia, model Tern Link C8 dengan 8 Speed, masa untuk saya kongsikan Product Review Folding Bike Tern Link C8 Saiz 20 inci. Basikal saiz kompak, kualiti premium dengan harga mampu milik untuk semua peminat basikal di Malaysia.

Bermula dengan kayuhan santai, basikal lipat Tern Link C8 ini boleh menjadi kayuhan agresif dengan kekuatan 8 kelajuan gear. Berpadanan dengan saiz frame yang lebar tetapi agak ringan, kualiti basikal jenama Tern memang diakui ramai, ada gaya tersendiri.

Baca : Basikal Lipat Pilihan Rakyat Malaysia

 



 

Product Review Folding Bike Tern Link C8 Saiz 20 inci

Folding_Bike_Tern_Link_C8_Saiz_20_inci_07 copy

Folding_Bike_Tern_Link_C8_Saiz_20_inci_01

Folding_Bike_Tern_Link_C8_Saiz_20_inci_03
 

Rekaan basikal Tern ini mempunyai corak tersendiri. Dengan bentuk curve ia memang menjadi pilihan ramai kerana nampak sangat elegan. Binaan asas frame badan aloi yang keras tetapi ringan membuatkan ia lebih senang dikendalikan. Paling asas, lebih ringan dengan imbangan tayar, ia membuatkan lebih sedap bila mengayuh.

Bentuk dan struktur badan basikal memainkan peranan supaya pengayuh tidak cepat penat dan letih ketika setiap kayuhan. Tidak kira di jalanan mendatar atau berbukit, dengan kelebihan 8 gear, ia akan membuatkan sesiapa sahaja mudah mengendalikan basikan Tern Link C8 ini.
 

Folding_Bike_Tern_Link_C8_Saiz_20_inci_05

Folding_Bike_Tern_Link_C8_Saiz_20_inci_06

Folding_Bike_Tern_Link_C8_Saiz_20_inci_08
 

SPESIFIKASI MODEL TERN LINK C8

WHEEL SIZE: 20″ wheels
SPEEDS: 1 x 8
WEIGHT: 12.8 kg (28.2 lb)

FOLDING SIZE: 39.5 x 80 x 73 cm (15.6″ x 31.5″ x 28.7″)
FOLDING TIME: 10 sec
FRAME SIZES: One size
GEAR INCHES: 35″ – 95″ (2.78 – 7.57 m)
DISTANCE: SEATPOST TO HANDLEBAR: 620 mm (24.4″)
DISTANCE: SADDLE TO PEDAL: Min: 700 mm (27.6″) Max: 960 mm (37.8″)
SUGGESTED RIDER HEIGHT: 142 – 190 cm (4’8″ – 6’3″)
MAX LOAD WEIGHT: 105 kg (230 lb)

HANDLEPOST: Tern Physis 3D, 3D forged, 5 patented technologies
STEM: Fixed height, forged QR
HEADSET: Flux, cartridge bearings, Physis integrated
HANDLEBAR: Flat bar, 6061-AL
GRIPS/BAR TAPE: BioLogic Ergo, Kraton
SADDLE: Velo Comfort
SEATPOST: SuperOversize, 6061-AL, micro-adjust clamp
SEATPOST CLAMP: SuperOversize, 6061-AL

SHIFTER(S): Shimano, 1 x 8 spd, twist
REAR DERAILLEUR: Shimano Tourney TX
CRANKSET: Forged 6061 aluminum, 52T
CASSETTE/FREEWHEEL: Shimano 8 spd, 11-30T
BOTTOM BRACKET: Two-piece
CHAIN: 8 spd
PEDALS: Folding, alloy body

tern_bicycles_specification
 

Secara peribadi, basikal Tern C8 ini adalah sangat sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti kayuhan santai di kawasan taman perumahan dan kawasan rata. Ia memang satu basikal lipat yang berbaloi untuk anda miliki. Mudah dilipat dan dibawa kemana sahaja dengan berat sekitar 12kg sahaja.

Model khas Folding Bike Tern C8 ini datang dengan 3 warna. Kombinasi warna hitam dan merah, silver dan juga warna khas Safety Yellow.

Untuk pilihan banyak lagi Folding Bike jenama Tern Malaysia, boleh layari laman web mereka di Tern Bicycles atau untuk spesifikasi Tern Link C8 layari link ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.