GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Sebagai Penumpang Apa Akan Jadi Kalau Malaysia Airlines Bankrup?

Ramai yang sudah tahu tentang masalah yang dihadapi oleh syarikat penerbangan rasmi negar, Malaysia Airlines. Sejak bertahun, ia menghadapi masalah samada dengan pentadbiran, pengurusan dan paling utama bila saban tahun merekodkan prestasi yang tidak memuaskan termasuk kerugian berjuta ringgit. Sebagai Penumpang Apa Akan Jadi Kalau Malaysia Airlines Bankrup?

Impak kepada pengguna seperti kita, mungkin tidak ketara sangat. Malah, bagi mereka yang tidak selalu travel dengan menggunakan penerbangan, ia mungkin langsung tidak ambil kisah. Namun, atas nama jenama dan pride sesebuah negara, ia akan memberikan kesan kepada banyak sektor lain, termasuk sektor pelancongan domestik.

Baca : Siapa Yang Nak Beli Syarikat Malaysia Airlines

 


Sebagai Penumpang Apa Akan Jadi Kalau Malaysia Airlines Bankrup?

Apa_Akan_Jadi_Kalau_Malaysia_Airlines_Bankrup

Berita tentang kemungkinan syarikat penerbangan Malaysia Airlines mungkin akan gulung tikar dan bankrup sudah diketahui umum sejak beberapa tahun yang lepas. Ia kini semakin hangat diperkatakan selepas pandemik Covid-19 yang mana, ia lebih parah berbanding sebelum ini.

Sumber : Malaysia Airlines Technically Bankrupt

Sumber : Malaysia Airlines Bakal Tutup Pekerja DiTawarkan Pemberhentian Sukarela

Antara kesan yang akan berlaku jika sekiranya syarikat penerbangan Malaysia Airlines bankrup ialah :

1. Tiada lagi keistimewaan yang rakyat Malaysia akan kecapi dengan pelbagai tawaran menarik dan kerjasama antara Syarikat Penerbangan MAS tersebut dengan syarikat penerbangan antarabangsa yang lain.

Sebagai contoh, mungkin akan tiada lagi kerjasama Coach Sharing seperti yang dilakukan bersama Fly Emirates

2. Tiket penerbangan asas syarikat lain mungkin akan lebih mahal berbanding sebelum ini. Atau, mungkin juga lebih murah, siapa tahu? Ini kerana pada pendapat saya, harga tiket kapal terbang bukan sahaja diukur dengan kualiti servis yang ditawarkan, tetapi juga dengan pengurusan pentadbiran dan pelan organisasi yang lebih berdaya saing. Sekiranya pihak pengurusan tidak dapat membawa syarikat kepada keuntungan, kos akan semakin meningkat dan biasanya beban kos akan di tanggung oleh ‘tiket penumpang’.

3. Malindo Air dikatakan akan menggantikan MAS sebagai syarikat penerbangan Rasmi Malaysia.

4. Kos untuk rakyat Malaysia mengembara keluar negara akan lebih mahal kerana mungkin terpaksa menggunakan banyak rangkaian pesawat (transit), berbanding penerbangan terus yang sebelum ini dilakukan oleh Malaysia Airlines.

5. Rangkaian penerbangan domestik juga mungkin akan berkurangan dan kurang pilihan berbanding sebelum ini. Kalau sebelum ini ada jaringan penerbangan terus dari KL ke Sibu, atau Kuala Lumpur ke Terengganu, berkemungkinan jaringan laluan yang tidak popular tidak akan ada laluan. Penumpang terpaksa menggunakan alternatif lain.

6. Aktiviti pelancongan domestik akan menurun dan ia mungkin mengurangkan pergerakkan aktiviti pelancongan dalam negara. Ramai pengusaha yang terlibat dalam sektor pelancongan mungkin akan lebih terkesan.

Ini hanya sedikit sahaja kemungkinan kesan dari penutupan syarikat Malaysia Airlines ke atas pengguna dan penumpang yang selalu menggunakan kemudahan ini. Kesan lain terhadap ekonomi dan korporat structure pasti lebih besar. Itu kena tanya pakar ekonomi.

Yang ketara, khabar yang bertiup kencang, sudah ramai pekerja di syarikat Malaysia Airlines (dan syarikat penerbangan yang lain) sudah ditawarkan pemberhentian secara sukarela. Zaman seluruh dunia tengah hadapi masalah dengan wabak CoronaVirus, zaman ramai terkesan sengan keadaan ekonomi yang semakin gawat. Harap semua ini kembali normal.

Bagi kami yang sesekali terbang dengan Malaysia Airlines, masih mengharapkan semoga ada sinar untuk MAS diselamatkan dan dikembalikan zaman kegemilangannya. Supaya, satu hari nanti kita rakyat Malaysia akan tetap dapat merasa faedah dari syarikat penerbangan nasional ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.