GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Syarat Baru Tunai Umrah Bermula 1 November 2020

Sejak kawasan Masjidil Haram ditutup akibat pandemik Covid-19, ramai penganut agam Islam seluruh dunia tidak dapat ke sana untuk melakukan ibadah Umrah. Ibadah Haji tahun ini, 2020 turut terkesan bila jumlah yang dibenarkan untuk ke sana sangat terhad. Namun, ada berita gembira bila Kerajaan Arab Saudi akan membuka pintau Masjidil Haram untuk jemaah asing bermula November ini. Namun, perlu dipatuhi Syarat Baru Tunai Umrah Bermula 1 November 2020.

Antara yang utama, pihak Kerajaan Arab Saudi menetapkan had umur 18 – 50 tahun sahaja yang dibenarkan untuk mengerjakan umrah buat masa ini. Mereka memerlukan permit kebenaran untuk jemaah luar dan ini perlu diterima dan diikuti termasuk oleh pengendali serta jemaah.

Baca : Pakej Umrah Yang Murah dan Berbaloi dari Trusted Agent KSB Travel

 


Syarat Baru Tunai Umrah Bermula 1 November 2020

Syarat_Baru_Tunai_Umrah_Bermula_1_November_2020 copy
 

Merujuk kepada jemaah umrah di Malaysia, Kerajaan Malaysia masih belum memutuskan secara rasmi bagaimana mekanisme yang akan dipakai sekiranya dibenarkan nanti. Kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah luar berusia antara 18 hingga 50 tahun mengerjakan ibadah umrah selepas mengumumkan permit kebenaran dibuka mulai 1 November ini.

Kalau sebelum ini, kanak-kanak pun tidak ada masalah untuk mengerjakan umrah bersama keluarga. Kini disebabkan pandemik Coronavirus Covid-19, langkah berjaga-jaga perlu supaya ia tidak akan semakin merebak dan semakin teruk.

Norma_Baru_Ibadah_Umrah_Ibadah_Haji

Saya sendiri masih belum ada peluang untuk tunai ibadah Umrah. Teringin sangat-sangat untuk pertama kali buat umrah di Mekah. Kalau diberikan rezeki, teringin nak pergi buat umrah dan ziarah. Itu paling jimat kalau nak ke sana. Ambil masa untuk buat ibadah dan kemudian ada rezeki lebih ziarah untuk kenal sejarah sekitar Mekah dan Madinah.

Bagi yang lebih mampu, boleh terus ke negara Balkan. InsyaAllah, ada banyak yang boleh kita pelajari tentang sejarah Islam.

Apapun, kita berdoalah semoga satu hari nanti segala masalah dan pandemik Covid-19 ini akan cepat berakhir. Bukan sahaja untuk kita sebagai pengembara, tetapi untuk seluruh rakyat dunia supaya akan boleh membuat aktiviti seperti biasa.

Sumber : Berita Harian Arab Saudi Terima Jemaah Umrah 1 November 2020

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.