GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Cadangan Pengeluaran Wang KWSP RM10000 Lulus Belanjawan Atau Tidak?

Pertama kali membaca cadangan ini ialah hasil dari perkongsian di laman Facebook Najib Razak. Antara yang saya faham, KWSP disaran untuk membenarkan pencarum mengeluarkan sehingga jumlah maksima RM10000 dari Akaun 1 KWSP untuk menampung belanja akibat kesan wabak pandemik Covid-19. Memandangkan esok adalah hari Pembentangan Belanjawan 2021 (Malaysia Budget 2021) adakah Cadangan Pengeluaran Wang KWSP RM10000 Lulus Belanjawan Atau Tidak?

Dalam banyak-banyak perkongsian dari bekas Perdana Menteri Najib Razak, ini antara satu-satunya yang saya sendiri sokong 100%. Satu idea yang agak bernas dan ia pasti akan mendapat sokongan dari ramai pencarum di KWSP atau EPF. Betul tak???

Boleh lihat antara perkongsian dari bekas Perdana Menteri Najib Razak di sini https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157458247365952

Baca : Pengeluaran Wang KWSP i-Lestari Setiap Bulan

 


Cadangan Pengeluaran Wang KWSP RM10000 Lulus Belanjawan Atau Tidak?

Cadangan Pengeluaran Wang KWSP RM10000 Lulus Belanjawan Atau Tidak?

Cadangan Pengeluaran Wang KWSP RM10000 Belanjawan2021
 

Selepas cadangan ini menjadi viral dan nampaknya di sokong ramai pencarum KWSP, pihak KWSP tambil memberi beberapa kenyataan bahawa antaranya :

1. Simpanan Akaun 1 KWSP adalah sebagai wang persaraan pencarum ketika waktu tua
2. Pihak KWSP akan kekurangan dana besar jika pengeluaran seperti itu dibuat

Kemudian ia dibalas balik oleh Najib Razak dengan memberikan beberapa hujah balasan. Sila baca di bawah : ( Ringkasan )

Saya tak setuju dengan dua alasan ini.
Alasan pertama ialah KWSP kekurangan dana besar jika pengeluaran akaun 1 dibenarkan.
Seperti apa yang saya tulis pagi ini, jumlah pencarum yang ingin memohon untuk skim akaun 1 ini dijangka sekitar jumlah pencarum yang diluluskan untuk skim i-Lestari iaitu 4.57 juta pencarum.
Maka, jumlah dana maxima yang diperlukan jika setiap 4.57 juta pencarum dibenarkan untuk mengeluarkan RM10,000 adalah RM45.7 bilion.
Itupun jika semua mahu atau layak untuk mengeluarkan sebanyak RM10,000. Ada yang mungkin mahu jumlah lebih kecil untuk keperluan terdesak.
RM45.7 bilion ini cuma 4.9% daripada jumlah aset RM929.64 billion KWSP pada 30 Jun 2020.

Alasan kedua ialah pengeluaran dari akaun 1 akan hakis masa depan pencarum.
Perlu kita faham bahawa apa yang dikeluarkan pada masa ini tidak bermaksud kita tidak berpeluang untuk pulihkan pada masa depan.
Ianya boleh dilakukan dengan dua cara:
CARA 1: Naikkan semula kadar caruman statutori bulanan majikan dan pekerja pada masa depan apabila ekonomi memulih selepas krisis Covid berlalu.
Kadar caruman ini sering diturunkan pada masa ekonomi perlukan suntikan. Ini juga dilaksanakan pada bulan Februari tahun ini apabila kadar caruman statutori pekerja diturunkan dari 11% ke 7%.
Mereka yang mengeluarkan wang dari akaun 1 dan akaun 2 (melalui skim i-Lestari) boleh dinaikkan kadar caruman ini selepas ekonomi bertambah baik agar mereka boleh memulihkan simpanan usia tua mereka dalam KWSP.
CARA 2: Kerajaan ada tanggungjawab untuk membuka peluang untuk KWSP menjana lebih keuntungan untuk ahli-ahli melalui projek-projek lebih lumayan seperti apa yang dilaksanakan kerajaan BN pada masa saya PM.
Saya beri beberapa contoh:
a) Projek Kwasa Damansara.
KWSP memiliki projek dengan nilai pembangunan RM50 bilion yang kini dikenali sebagai Kwasa Damansara.

b) Projek Battersea United Kingdom.
KWSP juga diberi peluang untuk memilik kepentingan 20% dalam projek £9 billion (RM48 bilion) yang merupakan antara projek paling lumayan di negara England.
“Interest in Battersea Power Station project spikes 300% on Brexit”
https://themalaysianreserve.com/…/interest-in…/
c) Lebuhraya PLUS.
KWSP juga diberi peluang untuk memilik 49% kepentingan dalam syarikat Lebuhraya PLUS manakala 51% dimilik Khazanah Nasional.

Ramai lagi contoh-contoh projek yang diberi kepada KWSP atau syarikat milik KWSP seperti projek pembangunan semula Stadium Bukit Jalil, Lebuhraya EDL Johor, LRT3 dan sebagainya dalam tempoh saya PM.

Sebab itu, saya tak bimbang pencarum-pencarum keluarkan duit sekarang pada masa paling terdesak sebab saya tahu kerajaan boleh bantu memulihkan simpanan KWSP jika berniat untuk jaga kroni saya iaitu Rakyat.
Terpulanglah kepada kerajaan PN jika mereka mahu benarkan pengeluaran dari akaun 1 untuk pencarum paling terdesak.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.”

Sumber : Facebook Najib Razak

 


Pada pendapat saya, pencarum juga harus diberikan hak mereka untuk menentukan bagaimana wang mereka digunakan. Perlu diingat, KWSP hanya pemegang amanah sahaja dan PENCARUM masih lagi hidup. Mereka berhak membuat keputusan mereka sendiri.

Betul, ada ramai yang tidak punyai banyak wang dalam KWSP, tetapi itu tidak bermakna hidup mereka akan susah ketika mereka tua. Mungkin anak-anak atau harta yang sedia ada boleh membantu kehidupan mereka.

Bagi saya, benarkan pencarum mengeluarkan sekitar maksima 1% hingga 5% daripada jumlah Akaun 1 KWSP mereka. Jika ada RM10000 dalam KWSP, mereka boleh mengeluarkan RM100 maksima sebagai tujuan untuk kelangsungan hidup ketika keadaan ekonomi yang meleset zaman Covid-19.

Keputusan samada Kerajaan Malaysia tentang Cadangan Pengeluaran Wang KWSP RM10000 Lulus Belanjawan Atau Tidak boleh disaksikan sendiri pada hari esok, 6 November 2020 pada Sesi Pembentangan Belanjawan 2021 LIVE Treasury Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.