GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Sarapan Di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru

Sebelum ni sudah banyak kali singgah di Nasi Lemak Antarabangsa untuk makan nasi lemak. Paling kerap, awal tahun 2010 rasanya, lepas tu hanya lalu sahaja kat kawasan ni. Last week, ada peluang kayuh basikal bawa wife, kami singgah untuk Sarapan Di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru, salah satu tempat makan popular di Kuala Lumpur.

Mula-mula ia dibuka dulu-dulu, lokasi gerai ini menjadi pilihan ramai peminat nasi lemak sekitar Kuala Lumpur. Saban hari gerai ini penuh dengan pengunjung samada dari kawasan Kuala Lumpur atau dari luar kawasan. Pendek kata, gerai nasi lemak ni punyai peminatnya tersendiri.

Baca : Nasi Lemak Paling Famous di Kuala Lumpur

 


Sarapan Di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru

Sarapan Di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru 01 copy

Sarapan Di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru 02

Sarapan Di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru 03
 

Kalau menu nasi lemak, biasanya favourite saya ialah Nasi Lemak Kerang. Itu menu paling saya cari. Tapi, kalau tiba-tiba lihat ada ayam goreng atau kari daging yang nampak sedap, boleh je tukar selera sekali sekala.

Gerai di Nasi Lemak Antarabangsa ni tidak la besar sangat. Cukup untuk menampung pelanggan yang datang makan di sini sehingga sekitar 50 orang dalam satu masa. Ada ruang untuk makan di kaki lima dan meja-meja kecil yang di sediakan. Ramai yang datang sini ada yang bungkus dan bawa balik.
 

Sarapan Di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru 04
Nasi Lemak Kerang

Sarapan Di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru 05

Sarapan Di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru 06
 

Kali ini saya cuba menu Nasi Lemak Kerang dan wife order Nasi Lemak Kari Daging. Untuk rasa, out of 10 saya berani bagi 7 sahaja untuk nasi lemak kerang. Nasi ada sedikit rasa dan bau hangit (atau ini mungkin cara masak mereka). Kerang rasa sedap, boleh bagi stars. Rasa kari daging pun bole tahan, tetapi tak da la wow sangat untuk kami.

Secara mudah, untuk kelainan rasa Nasi Lemak, boleh la cuba menu di Nasi Lemak Antarabangsa. Sebab, lain orang lain citarasa. Tetapi untuk saya, Nasi Lemak Wanjo dan Nasi Lemak City Garden lebih sedap berbanding nasi lemak kat sini.

Untuk makan di sini, servis layan diri. Bayaran untuk nasi lemak berbeza dengan kaunter bayaran air. Jadi, anda kena buat dua kerja jika nak makan dan minum.

Ruang parkir sangat terhad di kawasan ini. Tetapi, masih ada parkir berbayar sekitar lokasi. Nak mudah, datang ke sini dengan LRT, motorsikal atau berbasikal seperti kami.

Nak tengok menu lain yang mungkin sedap di sini layari Facebook Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru Kuala Lumpur.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.