GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pengalaman Kayuh Basikal Lipat Mendaki Mayor Hill Bukit Tunku KL

Mayor Hill antara lokasi tinjau Kuala Lumpur yang semakin popular. Sebelum ini, saya sendiri pernah naik ke Mayor Hill beberapa kali dengan memandu kereta dan juga menggunakan motorsikal. Kali ini, selepas tular banyak perkongsian gambar menarik Kaki Basikal mengayuh sampai ke puncak, saya nak kongsi juga Pengalaman Kayuh Basikal Lipat Mendaki Mayor Hill Bukit Tunku KL.

Tarikh keramat harijadi saya sendiri, saya ambil peluang untuk merasai sendiri pengalaman untuk naik ke puncak Bukit Mayor Hill dengan berbasikal. Memandangkan saya cuma ada basikal lipat, maka ber’komplot’lah dengan rakan-rakan sama basikal lipat untuk mengayuh mendaki bukit di Bukit Tunku ini.

Baca : Mayor Hill Tempat Menarik Untuk Lihat Pemandangan Kuala Lumpur

 


Pengalaman Kayuh Basikal Lipat Mendaki Mayor Hill Bukit Tunku KL

Pengalaman Kayuh Basikal Lipat Mendaki Mayor Hill Bukit Tunku KL 06

Seawal jam 6.30 pagi kami berkumpul di Dataran Merdeka dan bergerak menyusuri jalan-jalan menuju ke Bukit Tunku bersama 2 lagi rakan yang turut menggunakan basikal lipat. Oleh kerana kami bukan pengayuh professional, kayuhan santai kami bermula sederhana laju dengan mengikut pace kami sendiri.

Paling lambat di belakang, semestinya MrJocko. Stamina memang dah lama out. Namun, tetap mengejar perlahan-lahan.
 

Kayuh Basikal Lipat Mendaki Mayor Hill Bukit Tunku KL 01

Kayuh Basikal Lipat Mendaki Mayor Hill Bukit Tunku KL 02

Kayuh Basikal Lipat Mendaki Mayor Hill Bukit Tunku KL 03

Kayuh Basikal Lipat Mendaki Mayor Hill Bukit Tunku KL 04

Kayuh Basikal Lipat Mendaki Mayor Hill Bukit Tunku KL 05

Kayuh Basikal Lipat Mendaki Mayor Hill Bukit Tunku KL 06

Video Pendakian Kami : Dataran Merdeka – Jalan Sultan Salahuddin – Bukit Tunku – Tasik Perdana – Masjid Negara – Bangsar – Dataran Merdeka di pautan Applikasi Relive.
 

 

Perjalanan dari Dataran Merdeka ke Bukit Tunku sebenarnya hanya sekitar 5km sahaja. Tetapi oleh kerana kami mengikut laluan bukit di belakang bangunan Sasana Kijang Bank Negara sehingga ke Kenny Hill, jarak perjalanan jauh sedikit. Kemudian dari puncak Mayor Hill Bukit Tunku, kami turun menuju ke Tasik Perdana dan menghala ke Bangsar dan kemudian patah balik.
 

Pengalaman Kayuh Basikal Lipat Mendaki Mayor Hill Bukit Tunku KL 07

Pengalaman Kayuh Basikal Lipat Mendaki Mayor Hill Bukit Tunku KL 08
 

Sebabkan itu, perjalanan kami sejauh kira-kira 19km dengan mengambil masa sekitar 1 jam 20 minit dengan sekitar 1000 kalori yang dibakar untuk kayuhan kali ini.

Paling penat, MrJocko memang 2 – 3 kali terpaksa berhenti untuk menolak basikal hingga ke atas. Tak larat.

Namun, ia bukan penamat untuk ke sini. InsyaAllah ada peluang dengan geng lain, kita akan cuba lagi untuk kayuhan basikal hingga ke puncak. Kalau dapat kayuh Road Bike hingga ke Puncak Mayor Hill, lagi la best.

Untuk anda yang nak rasa sendiri mengayuh naik ke puncak Mayor Hill Bukit Tunku, semestinya yang utama ialah stamina. Basikal tu sebenarnya perkara kedua. Ramai yang terpaksa berhenti di pertengahan jalan sebelum sampai ke kemuncak. Jangan segan, jangan paksa diri kalau tidak larat. Berehat dulu, sebelum kembali memulakan perjalanan. InsyaAllah dah sampai puncak, anda semua akan sangat-sangat teruja dengan pemandangan Sunset di Kuala Lumpur.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.