GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Port Bergambar Di Jalan Panggung Kuala Lumpur

Masa kami kayuh basikal hujung minggu lepas, kami memasuki laluan jalan lama sekitar Dataran Merdeka, Central Market, Puduraya, Kotaraya dan menghala ke Stesen Bas Jalan Pasar Seni. Bila masuk kawasan bangunan lama berdekatan dengan Petaling Street, baru kami terjumpa port viral Instagrammers iaitu Port Bergambar Di Jalan Panggung Kuala Lumpur. Bangunan lama, tapi dihias dengan warna warni dan lukisan mural cantik.

Memang sepatutnya Kuala Lumpur mempunyai banyak lagi kawasan yang dibaikpulih dan diberikan nafas baru seperti ini, tanpa merosakkan struktur asalnya. Kawasan ini nampaknya berjaya memberi tarikan baru kepada pelancong tempatan dan pelancong luar negara sejak ia mula dibuka.

Baca : Dataran Merdeka dan Bangunan Bersejarah Di Kuala Lumpur

 


Port Bergambar Di Jalan Panggung Kuala Lumpur

Port-Bergambar-Jalan-Panggung-Kuala-Lumpur-01
 

Lokasi port bergambar yang semakin viral di Kuala Lumpur ini sudah terkenal beberapa tahun yang lalu. Ia mula menjadi tempat kunjungan ramai pelancong tempatan dan pelancong asing sambil menikmati kopi disekitar kedai-kedai yang berdekatan.

Kawasan ini agak tersembunyi terletak di Jalan Panggung dikelilingi oleh beberapa hotel 3 bintang, hostel dan hotel bajet berdekatan Jalan Petaling. Antara landmark yang boleh anda cari ialah Urban Artisan Petaling Street, Natalie Guesthouse, Aku Cafe & Gallery.

Ia lokasi mudah lawat memandangkan ia terletak berdekatan sahaja dengan Stesen MRT Pasar Seni, Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen Bas Pasar Seni. Hanya 1 minit berjalan kaki ke lokasi tersebut termasuk ke Petaling Street.
 

Port-Bergambar-Jalan-Panggung-Kuala-Lumpur-02

Kwai-Chai-Hong-Petaling-Street
Kwai Chai Hong Petaling Street

Port-Bergambar-Jalan-Panggung-Kuala-Lumpur-05
 

Bagi mereka yang melakukan aktiviti berbasikal dan berjalan kaki seperti kami, lokasi seperti ini berbaloi untuk dikunjungi.

Memandangkan ia salah satu tarikan baru dan menjadi sebahagian dari bangunan lama dan sejarah Kuala Lumpur, mesti ramai yang akan teruja dengan kawasan ini yang diubahsuai menjadi sangat asli, unik dan cantik sejak tahun 2019.
 

kwai-chai-hong-petaling-street

Kredit Gambar : VisionKL

Di kalangan pelancong, kawasan ini lebih dikenali dengan nama Kwai Chai Hong Petaling Street. Untuk gambar-gambar kawasan Kwai Chai Hong Petaling Street yang menarik boleh buat carian di Google.com.

Masuk ke kawasan ini adalah percuma dan ada banyak kawasan parkir awam untuk mereka yang datang berkeluarga dengan kereta, van atau bas. Hanya sekitar 2 minit jalan kaki ke Petaling Street dan hanya 5 minit jalan kaki ke Bangunan Central Market Kuala Lumpur.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.