GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Tourism Malaysia Buat Ucapan Take A Singapoliday

Sesuatu yang baik itu, patut kita kongsi supaya sama-sama kita dapat merasa kebaikkannya. Ini yang berlaku apabila Tourism Malaysia Buat Ucapan Take A Singapoliday. Ia katanya menjadi viral dan disenangi pelbagai pihak. Organisasi ini sama-sama turut mempromosikan beberapa lokasi menarik untuk pelancong lawat jika ke Singapura.

Sebagai negara yang turut terkesan teruk dengan pandemik Covid-19, hampir 95% aktiviti pelancongan di Malaysia juga turut lumpuh. Jutaan mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan terkesan dan terjejas teruk akibat tiada aktiviti pelancongan boleh dilakukan akibat PKP dan juga PKPB yang terhad ini.

Baca : Sektor Pelancongan Malaysia

 


Tourism Malaysia Buat Ucapan Take A Singapoliday

Tourism-Malaysia-Singapore-Tourism-Board copy
 

Semalam, (11 November 2020), Tourism Malaysia berkongsi ucapan ini untuk menggalakkan pelancong untuk melancong ke Singapura dengan ucapan ‘Take a Singapoliday’. “Just like Burger King never thought they’d be promoting a Big Mac, we too, never thought we’d be asking you to do this”.

Tourism-Malaysia-Take-A-Singapoliday
 

Lebih menarik bila ia dijawab dengan gembira oleh Singapore Tourism Board melalui akuan mereka @VisitSingapore

tourism-malaysia-facebook

“Thanks for the love, Tourism Malaysia Thinking of you too – stay safe and keep well!”

Sebenarnya, jika kita ada lebih banyak kerjasama yang lebih erat antara Asia, pasti aktiviti pelancongan kita di Asia akan lebih meletup. Ini kerana, Orang Eropah sebenarnya lebih suka melancong ke Asia dengan menginap sekurang-kurangnya 3 hingga 7 hari di satu satu destinasi. Jika mereka boleh teroka Asia dengan kos yang lebih murah, mereka akan lebih lama melancong dari satu negara Asia ke negara Asia yang lain.

Di harapkan selepas ini akan ada jaringan kerjasama yang lebih erat, kerana konsep bantu membantu dalam mempromosikan destinasi dalam Asia ini akan menaikkan aktiviti pelancongan Asia seterusnya menaikkan ekonomi setempat.

Kita di Asia adalah serumpun dan mempunyai lebih banyak sejarah yang masih lagi unik dan belum diteroka sepenuhnya oleh dunia. Malaysia dengan kepebagaian budaya, Singapura dengan kemodenan mereka, Thailand dengan tradisi mereka, Indonesia dengan kebudayaan yang unik dan banyak lagi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.