Tempat Viral SRZ Ternak Ladang Tenusu Jeram Mengaji Selising
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Tempat Viral SRZ Ternak Ladang Tenusu Jeram Mengaji Selising

Destinasi pelancongan terbaharu di pekan Selising, Pasir Puteh kini menjadi viral sejak pertengahan tahun 2020 bila ia mula dikongsi di laman Facebook. Ia dikatakan mirip kepada lokasi popular Ladang Tenusu Kundasang, yang mana ia juga mempunyai cuaca yang agak sejuk, pemandangan yang cantik serta ladang tenusu persendirian. Tempat Viral SRZ Ternak Ladang Tenusu Jeram Mengaji Selising kini semakin popular di kalangan pelancong Kelantan.

Ladang tenusu persendirian ini yang mempunyai beberapa ekor lembu susu dan juga kuda, dipelihara di tanah lapang berdekatan dengan sungai dan Jeram Mak Nenek (nama lama), kini diberi nama Jeram Mengaji, kerana terdapat sebuah Sekolah Tahfiz yang dibina berdekatan.

Baca : Tempat-Tempat Menarik Di Kelantan

 


Tempat Viral SRZ Ternak Ladang Tenusu Jeram Mengaji Selising

SRZ-Ternak-Ladang-Tenusu-Jeram-Mengaji-Selising-01

SRZ-Ternak-Ladang-Tenusu-Jeram-Mengaji-Selising-02

SRZ-Ternak-Ladang-Tenusu-Jeram-Mengaji-Selising-03
 

Kalau dari rumah kampung kami, hanya sekitar 10 minit sahaja pemanduan. Kalau anda dari bandar Pasir Puteh, ia memakan masa sekitar 30 minit dan jika dari bandar Kota Bharu, ia akan mengambil masa sekitar 50 minit.

Asal kisah lokasi Jeram Mengaji ini ialah lokasi di mana penduduk tempatan datang untuk mandi manda di Jeram sungai yang berdekatan. Kalau sebelum ini ia dikenali dengan Jeram Mak Nenek, namun sekarang ia sudah diberi nama baru yang lebih komersil.

Tidak jauh dari lokasi jeram, ada sebuah ladang tenusu yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Oleh kerana kawasan yang luas dan rata, berserta dengan pemandangan bukit yang terletak berhampiran, ia menjadikan kawasan ini agak menarik untuk dikunjungi.

SRZ Ternak diusahakan oleh syarikat persendirian. Masuk adalah percuma dan ia mempunyai jalan tar yang agak selesa untuk dilalui.

Kami sendiri seawal jam 7.00 pagi sudah berada di SRZ Ternak. Waktu pagi kawasan ini agak sejuk, berkabus dan memang tidak ramai pengunjung. Sesuai bagi mereka yang inginkan keindahan yang masih segar.
 

SRZ-Ternak-Ladang-Tenusu-Jeram-Mengaji-Selising-05

SRZ-Ternak-Ladang-Tenusu-Jeram-Mengaji-Selising-06

SRZ-Ternak-Ladang-Tenusu-Jeram-Mengaji-Selising-07
Lembu Tenusu SRZ Ternak

SRZ-Ternak-Ladang-Tenusu-Jeram-Mengaji-Selising-07

SRZ-Ternak-Ladang-Tenusu-Jeram-Mengaji-Selising-09

Kredit Gambar : Facebook Ladang Tenusu SRZ Ternak Pasir Puteh

Nak beli susu segar dan dadih segar juga ada dijual di sini. Berbaloi untuk anda cuba.

Nak cari lokasi ladang tenusu di Selising ini, SRZ Ternak, mudah sahaja boleh lakukan carian di Google Maps. Atau, boleh terus ke alamat Kampung Sungai Durian, 16800, 16800 Pasir Puteh, Kelantan. Ia dibuka setiap hari seawal pagi hingga ke malam.

Oleh kerana masuk adalah PERCUMA, diharapkan pengunjung menjaga tata susila dengan tidak membuang sampah merata-rata, menjaga kebersihan kawasan, tidak merosakkan struktur binaan yang ada dan sama-sama menikmati keindahan alam di SRZ Ternak ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.