Gadget Review Samsung Galaxy Buds Pro Malaysia Bunyi Yang Awesome
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Gadget Review Samsung Galaxy Buds Pro Malaysia Bunyi Yang Awesome

Sebulan bertemankan gadget bunyi yang mengagumkan, saya perlu tabik untuk pereka peranti audio wireless terbaru daripada Samsung. Hampir setiap hari, sambil ‘working from home’ semasa perintah kawalan pergerakan (PKP), saya enjoy dengan kualiti bunyi yang dihasilkan oleh gajet kecil, halwa telinga ini. Ini adalah pengalaman sendiri, Gadget Review Samsung Galaxy Buds Pro Malaysia Bunyi Yang Awesome.

Dengan hanya saiz sekitar 2 inci segi empat tepat, senang dibawa kemana-mana sahaja, fon telinga tanpa wayar ini ‘easy access’ untuk poket dan senang sambung dengan mana-mana peranti android dan juga iOS. Sudah pasti, untuk saya, padanan dengan Samsung Galaxy Note10 dan Galaxy Buds Pro ini membuatkan diri seketika lupa bunyi sekeliling dengan teknologi Noise Cancellation yang terbina dalam earphone tanpa wayar ini.

Baca : Unboxing Galaxy Buds Pro Samsung Malaysia

 


Gadget Review Samsung Galaxy Buds Pro Malaysia Bunyi Yang Awesome

Review-Samsung-Galaxy-Buds-Pro-Malaysia-02 copy

Review-Samsung-Galaxy-Buds-Pro-Malaysia-01
 

Setakat ini, selama sebulan menggunakan Galaxy Buds Pro, hampir 5 jam sehari, ketahanan bateri sedia ada dengan kuasa pengecasan di dalam case yang sedia ada boleh bertahan sehingga sekitar seminggu, bermakna, dalam masa sebulan ini saya hanya mengecas hardcase Galaxy Buds ini baru 3 kali (belum termasuk yang masih saya guna dengan baki bateri tinggal sekitar 30%). Berbaloi dengan penggunaan, ketahanan bateri untuk peranti ini memang terbaik.

Review-Samsung-Galaxy-Buds-Pro-Malaysia-03

Review-Samsung-Galaxy-Buds-Pro-Malaysia-04

Review-Samsung-Galaxy-Buds-Pro-Malaysia-05

Untuk dapatkan kepuasan maksima, dengan menggunakan peranti android, anda kena padankan (pairing) gajet ini dengan smartphone anda. Hanya beberapa minit, ia sedia untuk menerima dan memproses bunyi dari smartphone anda dan dinyatakan dalam bentuk audio yang terbaik pernah saya cuba (wireless earphone).

Dengan disertakan dengan setting (tetapan) tersendiri untuk gajet ini di dalam peranti telefon pintar Samsung, anda boleh set untuk bunyi yang sesuai dengan citarasa anda. Kalau dulu dengan stereo audio yang ada sekitar 12 setting bass, treble dan beberapa setting lain, Galaxy Buds Pro punya tetapan yang lebih maju untuk pilihan anda.

Banyak penambahbaikan yang diletakkan dalam Galaxy Buds Pro. Antaranya ialah dengan ciri-ciri pintar seperti mod pengesanan pertuturan yang secara automatik menurunkan muzik anda dan membolehkan anda mendengar dunia luar sebaik sahaja anda mula bercakap.
 

Review-Samsung-Galaxy-Buds-Pro-Malaysia-09

Review-Samsung-Galaxy-Buds-Pro-Malaysia-06

Review-Samsung-Galaxy-Buds-Pro-Malaysia-07

Review-Samsung-Galaxy-Buds-Pro-Malaysia-08
 

Berminat nak beli Galaxy Buds Pro? Layari web rasmi Samsung Malaysia

Menarik bila padankan Galaxy Buds Pro dengan Samsung Smartphone, samanda Note10, Note20, Galaxy S21 dan beberapa telefon pintar lain, beberapa ciri seperti pertukaran audio 3D dan peranti automatik yang sangat menakjubkan. Bunyi ini hanya berfungsi jika anda menggunakan earbud ini dengan telefon atau tablet Samsung.

Semasa menggunakan earbuds ini, anda tak perlu risau dengan ‘incoming call’ kerana ia boleh terus digunakan untuk menjawab panggilan tersebut dengan kualiti bunyi yang sangat jelas. Habis penggilan, kembali dengan bunyi dan muzik anda. Mudah dan menarik kan?

Untuk konklusi, Galaxy Buds Pro memang akan terasa hebat di telinga anda. Rekaan getah di buds ini melekat elok dan padan dengan corak telinga hampir kebanyakan orang. Kualiti bunyi pula, terdengar lebih baik daripada earbud Samsung sebelum ini. Paling menakjubkan, ia mempunyai teknologi pintar yang melengkapkan pembatalan bunyi (noise cancellation) bunyi luaran yang tidak diperlukan, ditapis dengan baik.

Akhir sekali, alami pengalaman bunyi terbaik ditelinga anda, jika anda menggunakan Galaxy Buds Pro sebagai bonus pra tempahan untuk smartphone Samsung Galaxy S21 baru, anda pasti akan lebih berpuas hati.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.