Jarang Berlaku Salji Tebal Di Acropolis Athen Greece 2021
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Jarang Berlaku Salji Tebal Di Acropolis Athen Greece 2021

Pengalaman melancong ke Athens, Greece adalah antara pengalaman kembara paling best sepanjang sertai Media FAM Trip bersama airline FlyScoot, penerbangan dari Changi Airport menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Athens, Greece. Masa kami ke sana, kami sudah memasuki musim panas. Tapi hari ni, baru terlihat perkongsian di Facebook, salji turun lebat di Athens dengan suhu serendah -20 darjah Celcius. Ini Jarang Jarang Berlaku Salji Tebal Di Acropolis Athen Greece 2021.

Menurut berita, bandar-bandar di Greece mula dilimpahi salji sejak Sabtu lepas dengan suhu sehingga purata -4 darjah Celcius hingga -20 darjah Celcius, sehingga menutupi hingga ke kawasan pantai di sebahagian negara Greece.

Baca : Sejarah Mitos Menarik Tentang Acropolis Athens Greece

 


Jarang Jarang Berlaku Salji Tebal Di Acropolis Athen Greece 2021

Jarang-Jarang-Berlaku-Salji-Tebal-Di-Acropolis-Athen-Greece copy

Kredit Gambar : LADbible Australia Facebook
 

The-Acropolis-of-Athens-Greece-Summer-01

The-Acropolis-of-Athens-Greece-Summer-02

The-Acropolis-of-Athens-Greece-Summer-03
 

Untuk info, Acropolis adalah lokasi pelancongan paling popular di Greece yang menyimpan banyak sejarah dan mitos popular yang dikenali seluruh dunia.

Antara yang paling terkenal, ialah empat bangunan utama yang terdapat dalam Acropolis of Athens ini ialah bangunan asal dikenali sebagai Propylaia, Parthenon, Erechtheion dan the Temple of Athena Nike.

Sepanjang tempoh seminggu dua ini, salji masih lagi turun dan meliputi kawasan ini mewarnakan kawasan bukit Acropolis Athens dengan warna putih salju.

Athens, yang berada dalam keadaan ‘lockdown’ (hampir sama seperti MCO di Malaysia) setelah lonjakan kes Coronavirus dan di mana separuh daripada penduduk Yunani yang berjumlah 11 juta nyawa, terpaksa menghentikan vaksinasi COVID-19 buat sementara waktu, kata pihak berkuasa.

Merujuk pada suhu sejuk dan salji yang turun di Athens, ahli meteorologi meramalkan cuaca sejuk akan reda pada akhir minggu ini. Nampaknya, musim pandemik Covid-19 ini membawa banyak kejutan di seluruh dunia.

Melihat ada gambar yang dikongsi di laman facebook dan berita, sangat menarik bila salji meliputi Acropolis. InsyaAllah, kalau ada rezeki, nak sekali lagi singgah di Greece untuk menyambung perjalanan meneroka sejarah dan Mitos dunia yang popular ini.

Sumber Gambar : LADBilble Australia Facebook

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.