Lunch Di Halal Wagyu Yakiniku Panga Taito City Chiba Jepun
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Lunch Di Halal Wagyu Yakiniku Panga Taito City Chiba Jepun

Pasti ramai antara kita yang teringin nak makan daging lembu jika melancong ke negara Jepun. Jangan risau, di sana ada banyak restoran yang menyediakan menu makanan daging halal, dihampir seluruh bandar-bandar besar. Ambil contoh ini, kami sendiri merasai sendiri pengalaman Lunch Di Halal Wagyu Yakiniku Panga Taito City Chiba Jepun. Satu pengalaman yang menarik menikmati keenakkan daging wagyu Jepun yang terkenal.

Cuba sendiri pengalaman ini, merasai salah satu menu yang premium popular di Jepun. Ya, harga menu ini agak mahal tetapi ia jauh lebih murah berbanding dengan harga yang dihidangkan di Malaysia. Lebih-lebih lagi, ia lebih segar dan lebih asli kerana ia masih lagi berada di bumi Jepun.

Baca : Makan Daging Wagyu Halal Jepun

 


Lunch Di Halal Wagyu Yakiniku Panga Taito City Chiba Jepun

halal-wagyu-yakiniku-panga-taito-city-chiba-12 copy

halal-wagyu-yakiniku-panga-taito-city-chiba-01
Lokasi Restoran Halal Yakiniku Panga
halal-wagyu-yakiniku-panga-taito-city-chiba-02
Restoran Halal di Jepun
halal-wagyu-yakiniku-panga-taito-city-chiba-03
Harga Menu Wagyu dan Daging Halal di Taiyo City

https://www.mrjocko.com/wp-content/uploads/2021/03/halal-wagyu-yakiniku-panga-taito-city-chiba-04.jpg
Sijil Halal Daging Wagyu di Restoran Halal Yakiniku Panga Taito Chiba

 

Ini kali pertama saya singgah untuk makan tengahari di Restoran Halal Yakiniku Panga Chiba ini. Lokasi restoran terletak di kawasan bangunan kedai yang agak unik dan nampak seperti ‘old school’. Suasana di kawasan ini agak tenang dan ia memang sesuai untuk anda menikmati menu makanan Jepun yang memang terkenal dengan cara masak yang hampir ‘perfect’.

Apatah lagi, kami akan menikmati daging lembu wagyu yang sangat terkenal di Jepun, suasana makan yang tenang memang akan memberikan nikmat yang lebih untuk selera anda.

Bila kita nikmati betul-betul apa yang kita kunyah, pasti akan dapat rasa kesedapan dan kelembutan daging wagyu Jepun yang terkenal ini. Anda kena tahu, tekstur daging lembu Wagyu ini berbeza dengan daging lembu biasa yang ada di Malaysia. Ini kerana, pemeliharaan lembu ini dijaga kualitinya dari awal lahir hingga ke hari ia di sembelih untuk dijadikan daging wagyu.

halal-wagyu-yakiniku-panga-taito-city-chiba-05

halal-wagyu-yakiniku-panga-taito-city-chiba-06

halal-wagyu-yakiniku-panga-taito-city-chiba-07

halal-wagyu-yakiniku-panga-taito-city-chiba-09

halal-wagyu-yakiniku-panga-taito-city-chiba-10
Hidangan Daging Wagyu Halal Yakiniku Panga Chiba

halal-wagyu-yakiniku-panga-taito-city-chiba-12

Baca Review Restoran Halal Yakiniku Panga Taito City di TripAdvisor

Restoran ini beroperasi setiap hari dan boleh anda semak waktu operasi mereka di bawah :

Isnin 11:30am–3pm, 4.00–8.00pm
Selasa 11:30am–3pm, 4.00–8.00pm
Rabu 11:30am–3pm, 4.00–8.00pm
Khamis 11:30am–3pm, 4.00–8.00pm
Jumaat 11:30am–3pm, 4.00–8.00pm
Sabtu 11:30am–3pm, 4.00–8.00pm
Sunday 4.00–8.00pm

Untuk memudahkan anda mencari lokasi Restoran Halal Daging Wagyu Jepun ini, anda boleh singgah di alamat ini, 3 Chome-27-9 Taito, Taito City, Tokyo 110-0016, Japan. Buat sahaja carian di Google Maps anda dan InsyaAllah akan ada arahan untuk ke sana samada untuk menggunakan keretapi ataupun kereta.

Jika anda ingin ke sana dalam kumpulan yang ramai, sebaiknya membuat tempahan awal untuk memastikan anda boleh mendapatkan tempat dan menu yang anda ingin cuba. ini kerana tempat duduk di restoran ini agak terhad dan tidaklah sebesar restoran biasa di Malaysia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.