Pelancongan Rentas Negeri PKPP DiBenarkan Bermula 10 Mac 2021
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Pelancongan Rentas Negeri PKPP DiBenarkan Bermula 10 Mac 2021

Berita baik untuk anda yang berada di negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), ini kerana Pelancongan Rentas Negeri PKPP DiBenarkan Bermula 10 Mac 2021. Kerajaan hari ini telah mengumumkan Gelembung Pelancongan Bersasar akan dimulakan yang mana ia akan membenarkan pelancong bergerak dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), merentas negeri PKPP yang lain.

Namun, kebenaran pergerakan ini hanya tertakluk kepada penggunaan perkhidmatan agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC (Ministry of Tourism, Art and Culture). Ia termasuk khidmat pengangkutan dan penginapan. Dengan kebenaran ini, secara tidak langsung, ia akan mengembalikan sinar kepada pemain industri pelancongan tempatan, untuk merancakkan kembali industri pelancongan tanahair.

Baca : Tempat Percutian Keluarga Terbaik Di Negeri Perak

 


Pelancongan Rentas Negeri PKPP DiBenarkan Bermula 10 Mac 2021

Pelancongan Rentas Negeri PKPP DiBenarkan Bermula 10 Mac 01 copy

Pelancongan Rentas Negeri PKPP DiBenarkan Bermula 10 Mac 02

Pelancongan Rentas Negeri PKPP DiBenarkan Bermula 10 Mac 03

Pelancongan Rentas Negeri PKPP DiBenarkan Bermula 10 Mac 04

Pelancongan Rentas Negeri PKPP DiBenarkan Bermula 10 Mac 05
Bilik Hotel di SGI Vacation Club Perak

Pelancongan Rentas Negeri PKPP DiBenarkan Bermula 10 Mac 06
 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mesyuarat jawatankuasa teknikal meluluskan cadangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai Gelembung Pelancongan Bersasar, bagi membantu memulihkan kembali ekonomi pelancongan.

Berkaitan dengan kebenaran ini, syarikat agensi pelancongan juga, masih perlu mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pergerakan rentas negeri.

Sumber : Sidang Media & Berita Harian

Mengikut apa yang kami faham, kebenaran perjalanan ini bermula dari negeri PKPP dan mestilah terus ke negeri PKPP. Kumpulan ini, tidak dibenarkan berhenti di mana-mana negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), manakala tempat penginapan sudah ditetapkan dan aktiviti pelancongan juga perlu ditetapkan lebih awal.

Datuk Seri Ismail Sabri juga menegaskan, Gelembung Pelancongan Bersasar juga memberikan kebenaran pelancong untuk melancong ke Pulau Langkawi yang telah ditukarkan status kepada PKPP meskipun secara umum, negeri Kedah masih dilaksanakan PKPB.
 

Pelancongan Rentas Negeri PKPP DiBenarkan Bermula 10 Mac 09

Pelancongan Rentas Negeri PKPP DiBenarkan Bermula 10 Mac 10

Sayangnya, Kuala Lumpur masih lagi berada dalam perlaksanaan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Kami di sini hanya mampu bergerak di dalam lingkungan dalam negeri sahaja, belum boleh rentas sempadan. Aktiviti pelancongan juga masih belum dibenarkan dan kami mungkin terpaksa menunggu sekitar sebulan lagi jika penurunan jumlah statistik Covid-19 dibawah paras yang selamat, kami mungkin juga akan dibenarkan untuk rentas negeri. InsyaAllah.

Kalau ada rezeki selepas sempadan dibuka, teringin sekali lagi nak ke Lumut, Perak untuk bercuti di sana. Setahun yang lepas, kami sudah ke sana, seronok dengan pakej yang disediakan oleh SGI Vacation Club. nak ke sana pun lebih ceba dengan menggunakanLebuhraya West Coast Expressway.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.