Pengalaman Beli Baju Bundle Jumpa Duit USD5 Dalam Poket
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Pengalaman Beli Baju Bundle Jumpa Duit USD5 Dalam Poket

Mungkin ada antara kita yang pernah dengar tentang kisah pembeli baju bundle terjumpa beberapa keping duit matawang asing ketika mereka membeli pakaian terpakai atau pakaian bundle. Ini cerita saya sendiri, Pengalaman Beli Baju Bundle Jumpa Duit USD5 Dalam Poket ketika nak membasuh pakaian di kedai dobi layan diri. Walaupun hanya jumpa USD5 (MYR20) tetapi ia membuatkan saya senyum puas.

Kata orang, ini rezeki terpijak terjumpa duit USD5. Ini berlaku, ketika saya selesai mengeringkan pakaian terpakai ni di sebuah kedai dobi. Masa nak ambik dan lipat, tiba-tiba terjatuh sekeping wang kertas yang mempunyai gambar Presiden US George Washington. Saya senyum,,, duit US Dollar. Saya gembira, walaupun nilai duit itu hanya bersamaan RM20.

Baca : Baju Bundle Jepun Yang DiJual di Malaysia

 


Pengalaman Beli Baju Bundle Jumpa Duit USD5 Dalam Poket

Beli Baju Bundle Jumpa Duit USD5 Dalam Baju 03 copy
 

Kat mana saya beli pakaian Bundle?

Sebenarnya, saya bukan beli sehelai dua, tetapi saya beli satu bale (tokol). Beli tokol sebab memang sekarang ini, kami cuba untuk explore business baru, meniaga produk pakaian bundle secara dalam talian. Jadi tokol ni saya beli di Gudang Supplier Bundle sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Mungkin ramai kawan di facebook atau mereka yang follow saya di Instagram sudah tahu yang sekarang, kami sudah membuka satu lagi cabang business dengan memasuki perniagaan pakaian terpakai. Jangan lupa lawati dan support kami di Facebook Vintaj Bundle Original dan juga Instagram Vintaj_Bundle.

Saya memilih untuk cuba business bundle ini kerana nature business ini hampir sama dengan nature business perniagaan jam preloved yang telah saya mulakan sejak tahun 2015 lagi. Konsep business ini hampir sama dan ia boleh dijalankan secara online.
 

Beli Baju Bundle Jumpa Duit USD5 Dalam Baju 01

Beli Baju Bundle Jumpa Duit USD5 Dalam Baju 02

Alhamdulillah, setakat ini sambutan agak menggalakkan terutamanya bila menggunakan platform Crousell dan juga Online Shopping Shopee.

Yang menjadi cabaran ialah untuk belajar tentang selok belok Ilmu Pakaian Bundle dan juga untuk mencari supplier Bundle yang menawarkan harga yang berpatutan dengan pilihan yang lebih banyak.

InsyaAllah, kami akan cuba explore yang terbaik untuk kami kembangkan business ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.