Promosi Harga Dominos Pizza Malaysia Hari Selasa Dari RM3.90
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Promosi Harga Dominos Pizza Malaysia Hari Selasa Dari RM3.90

Hari ini, teringin nak makan Pizza. Jadi, turun la menuju ke outlet Dominos Pizza yang hanya terletak kira-kira 50 meter dari rumah kami. Dekat dan memang orang tak ramai kat sini. Senang nak buat tempahan dan tak perlu tunggu lama. Dah siap order satu Personal Pizza Cheese, baru lihat iklan terpampang di kaunter, Promosi Harga Dominos Pizza Malaysia Hari Selasa Dari RM3.90. Wow!!!

Selalu kalau kami beli Personal Pizza ni harga antara RM5.90 ja satu pcs. Kira dah murah tu. Ni hari Selasa, Dominos buat promosi gila-gila murah lagi RM3.90 jer, jimat lagi RM2.00. Of course la musim-musim ekonomi yang teruk ini, berbaloi untuk menyimpan dan dalam masa yang sama masih lagi dapat makan Dominos Pizza yag sedap.

Baca : Dominos Pizza Yang Sedap Cuma Harga RM0.10 Sen

 


Promosi Harga Dominos Pizza Malaysia Hari Selasa Dari RM3.90

Promosi-Harga-Dominos-Pizza-Malaysia-Hari-Selasa-02 copy

Promosi-Harga-Dominos-Pizza-Malaysia-Hari-Selasa-01
Promosi Dominos Pizza Hari Selasa dari RM3.90

Nah! Baca sendiri iklan dari Dominos Pizza Malaysia

Hari Selasa tiba lagi! Jom dapatkan Piza Personal kegemaran di Domino’s dari hanya RM3.90! Pesan hari ini untuk bawa pulang dari cawangan Domino’s berdekatan anda. 😉 http://bit.ly/3uDFtEW

*Tertakluk pada terma dan syarat.
*Surcaj dikenakan untuk Classics, dan First Class.
*Kupon kod: WSJG5A

Apa yang saya faham, promosi ini sah untuk pembelian secara penghantara ataupun pick up di kaunter.

Jadi kalau nak dapatkan harga ini, pastikan anda menggunakan KOD KUPON Dominos Pizza yang diberikan. Jangan lupa ya…
 

Promosi-Harga-Dominos-Pizza-Malaysia-Hari-Selasa-03
Kod Kupon Promosi Dominos Pizza

Esok kami nak cuba tempah secara online dan membuat pengambilan di kaunter menggunakan Kod Kupon yang diberikan. Jimat untuk bajet makan tengahari kami di hari Selasa. Anda bagaimana? Jom sama-sama kita try promosi hari Selasa RM3.90 Dominos Pizza Malaysia

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.