Gadget Review Samsung Galaxy A72 Quad Camera 64MP
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Gadget Review Samsung Galaxy A72 Quad Camera 64MP

Masih belum puas menggunakan telefon pintar baru GalaxyA72. Model yang kini jadi sebutan dengan pelbagai spesifikasi menarik, termasuk kualiti gambar 64MP, ada kamera 4 dan rakaman video yang jelas dan lebih terang untuk kepuasan rakaman footage. Selepas 2 minggu guna telefon ini, saya nak kongsi pengalaman sendiri Gadget Review Samsung Galaxy A72 Quad Camera 64MP yang menjadi pilihan ramai Tech Blogger Malaysia.

Dengan set lengkap dalam pasaran Malaysia, ia dijual dengan harga jualan rasmi RM1899 termasuk peranti, socket power dan USB Cable Type C. Ia antara pilihan yang wajib anda lihat sebab kelebihan pretasi dalamannya mengagumkan ramai peminat gajet tahun ini, 2021. Saya sendiri teruja dengan kualiti gambar rakaman di waktu malam yang lebih real dan jelas.

Baca : Unboxing Samsung Galaxy A72 Malaysia Price

 


Gadget Review Samsung Galaxy A72 Quad Camera 64MP

review-smartphone-galaxya72-samsung-quad-camera

Samsung Galaxy A72 dengan 4 Kamera dan Custom Housing

Samsung-Galaxy-A72-Colors-Malaysia-Price
 

Pertama kali pegang smartphone Galaxy A72, rasa macam agak besar ditangan. maklumlah, model Galaxy A72 ini mempunyai saiz skrin sebesar 6.7 Inci. Namun, bila dah selalu pakai, biasa pegang, ia rupanya senang saja untuk disimpan di dalam poket dan juga senang petik samada anda guna tanga kanan atau pengguna tangan kidal.

Untuk info, saya sebelum ini sudah hampir 2 tahun menggunakan Samsung Galaxy Note10 bersaiz skrin 6.3 Inci. Jadi bila guna skrin besar seperti Galaxy A72, rasa macam guna space lebih.

Tetapi, paling best bila guna skrin besar, ketika menonton Neflix, Astro On The Go, YouTube atau video di smartphone. Memang Padu!!! Lebih padu bila saya padankan dengan kombinasi Samsung Galaxy dengan Samsung Galaxy Buds Pro. Sangat mengujakan.
 

Untuk hasil gambar dari kamera Galaxy A72, kalau dengan cahaya terang diluar bangunan (outdoor), gambar pasti akan terang, jelas menyerlahkan butiran yang ada. Tambah dengan fungsi wide camera, ia memang beri hasil maksima terbaik.

review samsung galaxy 172 malaysia

Gadget-Review-Samsung-Galaxy-A72-Quad-Camera-64MP-01
Hasil gambar Point And Shoot dalam bangunan. Jelas.
Gadget-Review-Samsung-Galaxy-A72-Quad-Camera-64MP-03
Fungsi Portrait kamera Galaxy A72

Gadget-Review-Samsung-Galaxy-A72-Quad-Camera-64MP-04
Gambar Zoom Dekat guna Galaxy A72

 

Untuk penggunaan biasa macam saya, gambar santai seperti di atas antara favourite. Ini kerana, gambar-gambar ini akan menadi kenangan kita semua dikemudian hari. Pastikan hasil gambar tersebut lebih jelas dan lebih terang untuk kita jadikan kenangan bersama. Untuk model Galaxy A72, tak jadi masalah. Gambar yang dirakam ini antara hasil yang diambil oleh anak Bongsu saya, Ayish yang baru berumur 7 tahun. Point and shoot, InsyaAllah, gambar masih lagi sharp!

Contoh lain, saya test untuk guna telefon pintar ini untuk rakam gambar dekat, hasil masih lagi jelas dan terang. Kini, kita tak perlu kamera Makro.
 

Gadget-Review-Samsung-Galaxy-A72-Quad-Camera-64MP-05
Gambar waktu malam dengan saiz lebar, tak perlu ambil dari jauh.
Gadget-Review-Samsung-Galaxy-A72-Quad-Camera-64MP-06
Terang dan Jelas
Gadget-Review-Samsung-Galaxy-A72-Quad-Camera-64MP-07
Low Light, tetapi gambar masih jelas
Gadget-Review-Samsung-Galaxy-A72-Quad-Camera-64MP-11
Zoom 10x, Handheld, low light waktu malam
Gadget-Review-Samsung-Galaxy-A72-Quad-Camera-64MP-12
Zoom 20x, Handheld, low light waktu malam

Untuk lihat sesuatu yang saya kagum, ambil contoh gambar-gambar ini. Saya ambil waktu malam di pelbagai lokasi, dengan keadaan cahaya yang terhad dan juga tanpa guna tripod. hasilnya sangat menakjubkan. Gambar lampu kedai, dipersisir kaki lima, gambar nasi lemak dan jugak gambar wide dari kamera Galaxy A72 ini memang sangat-sangat puas hati.

Kalau nak zoom, lihat kualiti 10X Zoom dengan Galaxy A72. Nampak masih jelas walaupun di waktu malam. Apatah lagi kalau di waktu siang, dengan cahaya yang lebih jelas.
 

Gadget-Review-Samsung-Galaxy-A72-Quad-Camera-64MP-09
Food Photography

Gadget-Review-Samsung-Galaxy-A72-Quad-Camera-64MP-10
Gambar Makanan

 

Untuk anda yang selalu berkongsi menu makanan di Media Sosial, hasil dari kamera Galaxy A72 memang sangat memadai dan lebih jelas. Lihat sahaja gambar Cendol Durian dan Yong Tau Foo yang saya ambil di dalam keadaan low light. Tak perlu nak setting, point and shoot, masa sistem kamera Samsung ini akan secara automatik membuat tetapan yang sesuai. Mudahkan???

Cukup dulu untuk 2 minggu ini. Next, saya akan share sedikit lagi hasi gadget review Galaxy A72 untuk video dan juga pengalaman permainan dalam telefon. Pastinya video dari kamera ini lebih jelas dan stabil. Untuk pengalaman permainan, setakat ini, ia lebih smooth bila saya bermain permainan Pokemon Go dan huga PUBG.

Untuk lihat banyak lagi spesifikasi yang best tentang telefon bimbit Samsung Galaxy A Series ini boleh layari laman web rasmi di www.samsung.com.my

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

   
RSS
Instagram