JBR Bundle Bandar Sri Damansara Tempat Shopping Barang Terpakai
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

JBR Bundle Bandar Sri Damansara Tempat Shopping Barang Terpakai

Ramai sekarang ni yang semakin minat dengan baju dan pakaian vintage. Sebab tu, tidak mustahil, kedai bundle semakin popular dikalangan peminat vintage ni untuk ‘selam’ mencari barang-barang rare yang mungkin ada dijual. Saya sendiri, sebab nak cari baju vintage, kami sekeluarga singgah di JBR Bundle Bandar Sri Damansara Tempat Shopping Barang Terpakai yang dekat dengan rumah.

Kalau cerita pasal baju vintage, banyak benda rupanya yang perlu kita tahu. Cukuplah kalau asas utama, ramai pemain vintage ni kata, kalau mana-mana benda yang dah capai umur 15 tahun ke atas, lebih lebih lagi Pakaian, dah boleh masuk kategori Vintage. Kalau semakin tua umurnya, kondisi yang masih lagi elok, maknanya ada potensi ia akan mempunyai nilai yang tinggi.

Baca : Tempat Cari Baju Bundle Popular Di Bangkok

 


JBR Bundle Bandar Sri Damansara Tempat Shopping Barang Terpakai

JBR-Bundle-Bandar-Sri-Damansara-Tempat-Shopping-Barang-Terpakai-03 Copy

JBR-Bundle-Bandar-Sri-Damansara-Tempat-Shopping-Barang-Terpakai-01
 

Mula-mula, pertama kali saya singgah sini selepas jam 9.00 malam. Tapi tak sempat nak singgah lama untuk menyelam barang bundle, sebab kedai dah nak tutup jam 10.00 malam. Tak puas hati tak dapat cari barang yang kita nak.

Keesokkannya, seawal pagi lagi bila ia dibuka jam 10.00 pagi, kami sekeluarga singgah sini. Saya nak cari baju bundle yang berkondisi vintage, wife cari baju buat balasahan kat rumah, anak-anak pulak nak cari baju dan seluar untuk mereka suka. Modal tak perlu besar, cuma cukup bagi sorang bajet RM10, masing masing boleh cari sampai 2 helai t-shirt. Jimat.
 

JBR-Bundle-Bandar-Sri-Damansara-Tempat-Shopping-Barang-Terpakai-02

JBR-Bundle-Bandar-Sri-Damansara-Tempat-Shopping-Barang-Terpakai-04

JBR-Bundle-Bandar-Sri-Damansara-Tempat-Shopping-Barang-Terpakai-05

JBR-Bundle-Bandar-Sri-Damansara-Tempat-Shopping-Barang-Terpakai-06

Kalau cerita pasal baju vintage, banyak benda rupanya yang perlu kita tahu. Cukuplah kalau asas utama, ramai pemain vintage ni kata, kalau mana-mana benda yang dah capai umur 15 tahun ke atas, lebih lebih lagi Pakaian, dah boleh masuk kategori Vintage. Kalau semakin tua umurnya, kondisi yang masih lagi elok, maknanya ada potensi ia akan mempunyai nilai yang tinggi.

Jadi, kalau anda nak cari baju, seluar, blouse, baju sukan, toys dan macam-macam lagi, boleh la try singgah di JBR Bundle. Setakat ni ada banyak outlet JBR Bundle sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Ruang parking agak banyak, percuma. Ruang dalam pun ada kipas, ada kemudahan tandas, surau dan ruang untuk singgah minum sementara nak membeli. Kira selesa jugak la.

Berminat untuk ke sini, boleh terus Google ke carian alamat :

JBR Bundle Bandar Sri Damansara,
40, Jalan, Persiaran Industri,
Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi :
Isnin 10.00 am – 10.00 pm
Selasa 10.00 am – 10.00 pm
Rabu 10.00 am – 10.00 pm
Khamis 10.00 am – 10.00 pm
Jumaat 10.00 am – 10.00 pm
Sabtu 10.00 am – 10.00 pm
Ahad 10.00 am – 10.00 pm

Layari laman Facebook Fanpage JBR Bundle untuk lihat informasi mereka di semua outlet.
 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.