Perjalanan Rentas Sempadan Masih Belum DiBenarkan April 2021
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Perjalanan Rentas Sempadan Masih Belum DiBenarkan April 2021

Sudah seminggu selepas pengumuman tentang status perjalanan rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Dan, seminggu ja lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Pastinya, ramai menanti berita baik untuk pulang ke kampung dimusim perayaan. Nampaknya setakat ini, ia masih samar-samar. Ini kerana, setakat hari ini, Perjalanan Rentas Sempadan Masih Belum DiBenarkan April 2021.
 

Setahun yang lepas, hampir semua rakyat Malaysia terikat dengan PKP 2020, di mana semua terpaksa beraya di dalam rumah akibat pandemik Covid-19. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 agak suram kerana kebiasaan sambutan sangat terhad dan terkurung di dalam rumah sahaja.

Tahun ini, semua mengharapkan ada sinar baru, supaya status jangkitan Coronavirus akan cepat reda dan kita boleh kembali ke zaman kemeriahan sambutan Hari Raya.

Baca : Sambut Raya PKP 2020 Terkurung Dalam Rumah

 


Perjalanan Rentas Sempadan Masih Belum DiBenarkan April 2021

Perjalanan-Rentas-Sempadan-Masih-Belum-DiBenarkan-01

Kita sudah hampir memang ketika memasuk bulan Julai 2020, namun kembali getir dan bahaya akibat perlanggaran SOP yang ketara oleh kebanyakkan rakyat Malaysia beberapa bulan selepas itu. Natijahnya, kita semua kembali ke PKP 2.0 pada awal tahun 2021.

Nasib baik juga, tahun lepas ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kami sempat pergi bercuti ke Cameron Highland dan juga ke Port Dickson, sebelum boleh balik kampung di ujung tahun melawat orang tua yang sekian lama tidak dijenguk.

Namun, hingga kini, negeri yang masih lagi dalam PKP 2.0 terpaksa berada dalam lingkungan sempadan sahaja, belum boleh merentas ke negeri lain.

“Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Johor, Kelantan, Pulau Pinang, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur disambung dua minggu lagi, manakala rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengekalan status berkenaan di Sarawak bermula 30 Mac hingga 12 April manakala di lima negeri lagi bermula Khamis ini sehingga 14 April.

“Negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seperti Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan (Wilayah Persekutuan) Labuan turut disambung berkuat kuasa tarikh yang sama.

Larangan rentas negeri masih lagi berkuat kuasa, hanya rentas daerah dibenarkan, kecuali di Sabah dan Sarawak yang masih tidak dibenarkan atas permintaan kerajaan negeri masing-masing,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.”

Sumber : MalaysiaKini 30 Mac 2021
 

Perjalanan-Rentas-Sempadan-Masih-Belum-DiBenarkan-02

Perjalanan-Rentas-Sempadan-Masih-Belum-DiBenarkan-03

Oleh itu, saya kat sni nak ingatkan diri sendiri dan semua rakyat Malaysia, sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang PKP 2021 kali ini. Kalau kita berdisiplin dan sentiasa berwaspada, InsyaAllah, setidak-tidaknya kita akan kembali menikmati PKPP yang jauh lebih selesa berbanding PKP 2021 yang kita hadapi sekarang.

Semoga seluruh dunia, khususnya di Malaysia akan kembali normal dengan kawalan wabak Covid-19 yang terkawal. Semoga kita semua dapat nikmati kembali pengalaman travel ke luar negara seperti sebelum ini, Aaminnnn…

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.