Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

20th Century Fox Genting Highland Mungkin DiBatalkan

Impian ramai rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman di Taman Tema Twentieth Century Fox Genting Highland (20th Century Fox Theme Park), mungkin akan terkubur. Ini kerana diberitakan, ada masalah diantara syarikat 21st Century Fox dan Genting Highland Berhad. Taman Tema 20th Century Fox Genting Highland Mungkin DiBatalkan.

Mengikut yang MrJocko faham, ia sepatutnya dijadualkan siap pada akhir tahun 2016, kemudian dilambatkan sehingga tahun 2017. Hingga kini, tahun 2018 menghampiri 2019, taman tema terhebat di dunia ini belum lagi disiapkan.

20th Century Fox Genting Highland Mungkin DiBatalkan

20th century fox genting highland

Cerita tentang majlis menandatangani memorandum kerjasama antara Resorts World Genting dan Twentieth Century Fox dalam pembinaan taman tema tersebut di Wisma Genting 26 Julai 2013.

Baca sini : http://www.mrjocko.com/2013/07/twentieth-century-fox-genting-highland.html

Namun, beberapa minggu ini, kedengaran semakin jelas, tanda-tanda ada masalah antara pihak 21st Century Fox dengan syarikat dari Malaysia, Genting Berhad.

“Genting Malaysia Berhad menyaman 21st Century Fox dan pemiliknya baru-baru ini, Walt Disney Co., kerana telah menarik keluar dari perjanjian untuk taman tema Fox World di resort kasinonya di luar Kuala Lumpur. Genting Malaysia Berhad menyaman pihak 21st Century Fox lebih daripada $1 bilion dollars (4 Billion Ringgit), menurut satu aduan yang difailkan Isnin di mahkamah persekutuan di Los Angeles. Alasan Fox menamatkan perjanjian itu, menurut Genting, adalah bahawa Disney tidak mahu dikaitkan dengan perniagaan perjudian.”Disney tidak mahu bersekutu dengan syarikat permainan seperti Genting kerana strategi jenama ‘keluarga yang mesra’ Disney,” kata Genting. Wakil Fox dan Disney masih belum memberikan sebarang komen dan memberikan ulasan mengenai tuntutan mahkamah.

Genting sudah membuat pelaburan berjumlah lebih AS$750 juta (RM3.1 bilion) di dalam syarikat Fox World”

Sumber : Malaysia Report – Genting Highlands Fox World

Secara peribadi, MrJocko sendiri yakin, ramai rakyat di Malaysia khususnya mengharapkan pembinaan 21st Century Fox Genting Highland Theme Park ini diteruskan. Rakyat negara jiran juga seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina, semestinya juga mengharapkan ia diteruskan agar ia menjadi salah satu destinasi pelancongan taman tema terbaik di Asia.

Kalau sebelum ini, Taman Tema Genting Highland telah terkenal sejak tahun 1980-an lagi dikalangan pelancong asing, dengan adanya 20th Century Fox Theme Park di Genting Highland, pastinya ia akan menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia secara amnya.

20th century fox genting highland

Dari apa yang dibaca, 20th Century Fox Genting Highland Mungkin DiBatalkan. Tetapi, ia akan digantikan dengan Theme Park Baru, yang mungkin lebih menarik. Apapun yang berlaku, janganlah batalkan projek Theme Park yang bagus seperti ini.

Baca Sumber : https://www.hollywoodreporter.com/thr-esq/fox-disney-hit-175-billion-suit-backing-away-malaysian-theme-park-deal-1163900?utm_source=twitter&utm_source=t.co&utm_medium=referral&utm_source=t.co&utm_medium=referral

Sebagai pengguna dan rakyat Malaysia, kami mengharapkan masalah ini akan diselesaikan dengan segera. Siapkan taman tema ini secepat mungkin. Ramai yang tidak sabar untuk merasai pengalaman bercuti dan menaiki ‘rides’ terbaik di dunia di puncak gunung-ganang di Genting Highlands

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.