Pulau Terkenal Di Krabi Lokasi Snorkeling Dan Aktiviti Laut
|Krabi terkenal dengan keindahan pantai dan pulau sekitarnya. Pulau Terkenal Di Krabi yang menjadi tarikan utama di Krabi ialah Tup Island, Mor Island, Chicken Island dan juga Poda Island. Pulau-pulau ini yang menjadi tarikan seluruh pelancong di dunia untuk aktiviti sukan laut dan juga snorkeling dan skuba.
Anda boleh lawati keempat-empat Pulau Terkenal Di Krabi ini dengan hanya pakej bayaran bermula dari sekitar Baht 900 setiap seorang termasuk makan tengahari. Ini untuk pakej santai dan snorkeling. Krabi ni memang lokasi prcutian bagi mereka yang memang sukakan pantai, laut dan pulau. Ia memang tumpuan seluruh dunia dan popular di Thailand.
Pulau Terkenal Di Krabi Lokasi Snorkeling Dan Aktiviti Laut
Disebabkan Krabi berdekatan dengan pantai dan laut, sudah pasti ada banyak spot pilihan terbaik kaki selam khususnya selam skuba dan juga snorkeling di sekitar daerah Krabi Island. Ribuan lokasi tumpuan ada di sini, pilih sahaja pakej yang bersesuaian dengan bajet anda.
Pelbagai tawaran pakej selam skuba dan snorkeling yang disediakan dengan harga murah sehingga ke harga yang mewah.
Baca : Restoran Makanan Halal Di Krabi
Pulau Terkenal Di Krabi Thailand
Ada banyak operator Travel Agent yang menyediakan perkhidmatan jelajah pulau Tup dan Mor, Chicken Island, Poda Island ini bermula dari Krabi. Anda boleh pilih mana satu pakej yang bersesuai dengan anda. Nak pilih pakej yang murah pun boleh, nak pakej mahal dan eksklusif di Krabi pun boleh. Cuma sediakan sahaja bajet anda untuk setiap pakej yang di pilih.
Yang pasti, Krabi sememangnya ada banyak lokasi menarik untuk anda dan keluarga kunjungi. Anda tidak akan bosan bila melancong ke Krabi dengan tarikan pemandangan, makanan halal yang agak banyak pilihan serta aktiviti pelancongan yang di sediakan di sini.
Jom ke Krabi, Thailand dengan penerbangan Malindo Air.