Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

5 Aktiviti Menarik Di Bohol Philippines

Bohol, adalah sebuah Pulau sederhana di Wilayah negara Filipina, di wilayah tengah di negara ini. Sekitar Pulau Bohol, ia terdiri daripada Pulau Bohol dan lebih 70 pulau-pulau kecil sekitarnya. Bohol sebenarnya agak terkenal dengan terumbu karang, menyelam skuba, hidupan liar yang pelbagai dan pembentukan tanah yang luar biasa.

Peminat hidupan semulajadi sudah pasti akan terpesona jika melancong ke Bohol. MrJocko akan kongsikan 5 Aktiviti Menarik di Bohol yang boleh anda lakukan sepanjang tahun jika melancong di sini.

Aktiviti Menarik Di Bohol Philippines

Aktiviti Menarik di Bohol Philippines

 

1. River Cruise

Bohol dikelilingi air laut dan mempunyai beberapa jaringan sungai yang agak menarik. Di Bohol, anda boleh memilih aktiviti untuk menyusuri sungai-sungai dan laut dengan menaiki ‘Cruise’ atau berkayak. Antara lokasi yang menarik di Bohol adalah aktiviti Abatan River Cruise, Loboc River Cruise dan juga Lamanoc Islands.

 

Tempat Menarik di Bohol

SAMSUNG CAMERA PICTURES
Abatan River Cruise
tempat menarik di Bohol 11 Loboc Cruise
Loboc River Cruise
SAMSUNG CAMERA PICTURES
Lamanoc Islands Bohol

2. Anda White Beach

Pantai sekitar Bohol ada yang putih bersih dan menjadi tumpuan pelancong. Antara yang terkenal ialah Pantai Anda (Anda Beach). Pantai yang landai dan putih ini antara tarikan di Bohol dan menjanjikan pemandangan yang indah serta pengalaman mandi laut yang terbaik untuk anda di Bohol, Philippines.

 

Anda Beach Bohol Anda Beach Bohol

 

3. Tarsier : Kera Hutan di Bohol

Kera Hutan yang unik ini katanya hanya ada di Bohol. Ia di panggil Tarsier dan antara hidupan liar yang mesti anda lihat jika ke Bohol. Ia memang lain dari kera hutan biasa dan ia menjadi tarikan kepada pencinta haiwan di Philippines.

 

Tarsier Watching Bohol
Tarsier Watching Bohol
Tarsier Watching Bohol
Tarsier Watching Bohol

4. Bike Zip 

Anda yang sukakan aktiviti mencabar dan ala-ala lasak, mesti cuba Bike Zip, berbasikal di atas tali merentasi beberapa bukit kecil sebagai pengalaman di Bohol. Cabar diri anda untuk menaiki basikal ini seorang atau berdua dengan merentasi tali rentang yang disediakan. Adakah anda berani? Hanya di Bohol, Philippines.

 

tempat menarik di Bohol 07 Bike Zip tempat menarik di Bohol 08 Bike Zip

5. Chocolate Hills

Nikmati pemandangan yang unik ini. Ia adalah bukit yang hijau, tetapi ia dikenali sebagai Chocolate Hills, kerana bentuknya yang hampir separuh bulat dan menyerupai coklat. Ini antara mesti anda jenguk dan lawati di Bohol. Bergambar di Chocolate Hills satu kewajipan dan ia adalah satu trademark Pulau Bohol yang semua pelancong akan kongsi jika ke sini.

 

 

Chocolate Hills Bohol
Chocolate Hills Bohol
Chocolate Hills Bohol
Chocolate Hills Bohol

Aktiviti Menarik Di Bohol Philippines

Ada banyak lagi aktiviti yang boleh anda lakukan di Bohol, Philippines dan ia adalah aktiviti yang menarik dan berbaloi untuk anda cuba. Selain dari aktiviti menarik yang MrJocko kongsikan ini, banyak lagi yang boleh anda teroka di Bohol. Anda boleh ke pantai-pantai yang menarik di sekitar Bohol, menyusur banyak sungai-sungai asli dan terpelihara di sini, hutan-hutan yang masih asli serta keunikkan bandar Taglibaran yang menjadi nadi utama di Bohol.

Jangan risau, anda akan gembira di Bohol 🙂

AirAsia menyediakan 3 penerbangan sehari dari Kuala Lumpur menuju Manila dan 3 penerbangan dari Manila menuju Tagbilaran setiap hari.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.