Site icon Travel Blogger Malaysia

5 Bandar Yang Menarik Di Russia Terkenal Di Kalangan Pelancong

Russia antara negara yang menjadi senarai utama kalau diberikan kesempatan. Ada rezeki, teringin sangat nak teroka apa yang menarik di Russia. Menjadi antara salah satu negara yang terbesar di dunia, pasti ada banyak yang boleh kita belajar dari sana. Untuk teaser, ini 5 Bandar Yang Menarik Di Russia Terkenal Di Kalangan Pelancong.

Antara bandar yang wajib korang singgah kalau ke Russia ialah sudah pasti ibu negara Russia iaitu Moscow, kemudian Saint Petersburg, Irkutsk, Sochi dan juga Kazan. Ada banyak lagi lokasi lain, tapi untuk pengenalan, kalau dapat ke sini pun dah cukup.

bandar menarik di russia

 


5 Bandar Yang Menarik Di Russia


 

Ibu Negara Russia, Moscow antara tempat wajib dikunjungi kalau ke Russia. Di Moscow sahaja ada banyak ‘tourist spot’ yang boleh korang lawati. Antara yang terkenal ialah Red Square dan juga St. Basil’s Cathedral. Ia menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia kerana keunikkan binaan yang ada di sekitarnya, berserta dengan sejarah-sejarah tertentu.


 

Selain dari Moscow, lokasi bandar yang menajdi tumpuan pelancong ialah di Saint Petersburg. Antara yang menajadi tarikan pelancong di sini ialah Griboedov Canal dan juga The Church of Our Savior. Memandangkan Saint Petersburg ini terletak berdekatan dengan Teluk dan Laut, ia punyai banyak pemandangan yang berkaitan dengan air.

Untuk info, jarak Saint Petersburg ke Moscow ialah sekitar 750km dan kalau memandu, ia memakan maksa selama 7 hingga 8 jam.

Tasik Baikal antara destinasi yang menjadi impian ramai pelancong. Walaupun terletak jauh dari bandaraya Moscow, ia umpama percutian yang jarang-jarang diterokai oleh pelancong. Ia adala lokasi tasik yang luas dan membeku bila musim sejuk. Di atasnya, kita berpeluang untuk memandu kereta dan merentasi Tasik Baikal sepeti jalan raya. Pemandangan pun memang cantik dan Menarik!!!

Tasik Baikal terletak di Irkutsk.


 

Musim panas antara waktu yang ditunggu oleh ramai rakyat Russia sekita Sochi. Di kawasan ini ada banyak pantai yang mereka jadikan lokasi santai dan mandi manda. Walaupun pantai kawasan ini tidak mempunyai pasir halus yang memutik, tetapi batu batu yang bulat dan cantik ini turut menjadi destinasi pelancongan popular di Russia.


 

Untuk Muslim, mungkin nak kenal lokasi pelancongan mesra muslim di Russia. Kalau nak tahu, sekitar 6.5% rakyat Russia adalah beragama Islam dan ia mewakili sekitar 9,500,000. Sebab itu, di Russia juga ada banyak Masjid yang besar dan cantik. Antara yang terkenal ialah Masjid Qolsharif di Kazan. Struktur binaan masjid di Russia memang cantik dan menarik perhatian ramai pelancong dunia.

Cari la di promosi Pakej Halal Muslim Russia. Mesti ada banyak syarikat yang menawarkan harga menarik untuk ke sana.


 

Baca MrJocko dan Tempat Menarik Di Russia

Lokasi Bandar Menarik Di Russia

InsyaAllah, kalau ada rezeki panggilan Media Trip ke Russia, memang tak akan tolak. Bukan senang diberi peluang untuk ke sana. InsyaAlla akan teroka bandar menarik di Russia jika diberikan peluang.

Baca : Russia Fee Malaysia Website

Untuk yang merancang ke Russia, boleh dapatkan tiket di SkyScanner melalui penerbangan dari KLIA ke Moscow. Semak pilihan tiket murah SkyScanner di laman web mereka www.skyscanner.com

Exit mobile version