Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

5 Berita Baik Dalam Masa Seminggu Alhamdulillah

Seminggu selepas hari Raya, kedatangan bulan Syawal memberikan 5 berita baik untuk MrJocko dan keluarga dalam masa hanya seminggu. Alhamdulillah, semoga ini semua merupakan rezeki dan limpahan berkat dari Nya dan bukan semata-mata dugaan untuk kami sekeluarga.

 

Rezeki 1

Setelah kami berempat, Alhamdulillah syukur, kami dikhabarkan dengan rezeki dari Allah yang tak ternilai. Belum sahih lagi 100% tetapi ujian sebelum ini sudah menunjukkan tanda-tanda Positif. Semoga selepas ini kami akan menerima tajaan produk Susu Ibu, Susu bayi dan juga produk untuk kanak-kanak 🙂

 

Rezeki 2

Tak sampai satu jam dari berita Rezeki 1, Alhamdulillah, selepas 4 tahun bersama Public Mutual Berhad, bulan Ogos 2013 MrJocko secara rasminya dinaikkan pangkat ke Career Manager/Agency Manager. Selepas setahun meninggalkan syarikat lama, Bank Negara, kini MrJocko sudah punyai Agensi Perancang Kewangan tersendiri dengan menggunakan jenama Khalifah Consultancy dan Emperor Group.

 

 

Naik_pangkat

 

 

Rezeki 3

Nampaknya peluang tawaran dari sebuah syarikat yang terkenal untuk projek usahasama yang akan datang semakin jelas. Walaupun belum ada confirmation, MrJocko tetap berdoa semoga projek usahasama ini akan berjalan dengan sebaiknya. Kalau jadi, rezeki MrJocko akan ditaja untuk FLY FLY dan FLY ke luar negara buat kali pertama 🙂

 

Rezeki 4

Yang ni pun kira rezeki juga. Peluang untuk review Produk Ninetology dari syarikat tersebut. Tak sabar nak tunggu. Yang ni MrJocko dah share kat entry sini Ninetology U9 X1

 

Rezeki 5

Semenjak dua menjak ranking Alexa naik ni, rezeki Advertorial dan CPUV semakin bertambah. Alhamdulillah,,, saya sayang Nuffnang walaupun katanya ramai yang dah tak nak letak iklan Nuffnang. MrJocko ok je dengan Nuffnang. Nak dapat income dari Nuffnang, kena usaha lebih la. Mana boleh harap Nuffnang offer cam tu jer kan??? Tulis dan kembangkan blog anda supaya semakin bermutu, mesti Nuffnang cari anda untuk Advertorial 🙂

 

 

Buffered_earning_Nuffnang

Semoga rezeki yang MrJocko dapat akan diberikan rahmat dan berkat untuk sama-sama rasa. InsyaAllah, kalau kerja keras, akan ada rezeki bertandang. Mudahnya menjemput rezeki katanya…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.