5 Bidang Kerja Yang Di Jangkakan Menjadi Pilihan Utama 2013
|
Tahun 2013 dikatakan semakin mencabar berikutan dengan banyak cabaran-cabaran baru dan ia memasuki era pertumbuhan dunia selepas kegawatan global pada tahun 2008-2009. Memasuki tahun keempat selepas kegawatan dunia, banyak syarikat yang kini semakin mengorak langkah untuk terus berdaya saing untuk tempoh beberapa tahun yang akan datang.
2013 mungkin akan menyaksikan beberapa bidang kerja yang semakin mendapat tempat di hati lulusan graduan dan juga pekerja-pekerja swasta. Antara yang mungkin akan menjadi pilihan ialah :
1. Akauntan
Tidak dinafikan, peluang untuk menjadi sebagai seorang Akauntan bukan lah sesuatu yang mudah. Lulusan Jurusan Perakaunan biasanya akan memulakan tugasan karier mereka sebagai Pembantu Akaun ataupun Pelatih Akaun sehingga mereka benar-benar bersedia untuk memegang jawatan sebagai Akauntan sebenar. Pendapatan dari hasil kerja seorang Akauntan sememangnya amat berbaloi.
Gaji seorang akauntan, memang besar. Minimum average RM10,000. Yang lagi besar pun ada, jumlahnya,,, mencecah 6 angka sebulan.
2. Pereka atau Pembina Software
Dengan penggunaan alatan aplikasi ‘software’ yang pelbagai setiap hari, merangkumi jutaan aplikasi dan software, mereka yan terlibat dalam rekaan idea dan pembuat software berpeluang untuk menjual idea mereka seterusnya memberikan keuntungan yang berganda kepada syarikat mereka. Hampir setiap manusia di zaman ini menggunakan software samada secara langsung atau tidak langsung. Bayangkan betapa pentingnya kerja sebagai seorang Pereka Software?
Oleh kerana kerja ini memerlukan kepakaran yang tinggi, ada Software Developer dibayar berdasarkan hasil mereka sehingga mencecah RM30,000 sebulan.
3. Penasihat Kewangan Persendirian
Kepada mereka yang begitu sibuk bekerja, mereka sememangnya memerlukan seorang rakan penasihat atau ejen yang membantu mereka mengurus dana dan aset mereka secara berhemah. Anda bekerja keras untuk menyimpan harta dan aset, sekarang masa untuk melaburkan harta dan aset anda supaya ia terus bertambah dan wang tersebut bekerja keras untuk anda. Sudah pasti, anda memerlukan kepakaran dari seorang penasihat kewangan yang professional seperti saya, MrJocko.
Seorang Penasihat Kewangan yang berjaya boleh menjana pendapatan bulanan sehingga RM500,000 sebulan.
4. Pegawai Perhubungan Awam
Salah satu faktor kejayaan sesebuah syarikat, mereka mempunyai hubungan yang erat dengan pihak media dan pengguna mereka. Dengan hubungan ini mereka mengenal tentang penerimaan produk mereka, pencapaian sebenar produk, keberkesanan strategi pemasaran mereka dan banyak lagi. Mereka akan bertindak sebagai orang tengah antara pengguna dan dunia luar dengan syarikat. Jika anda sebagai seorang Pegawai Perhubungan Awam yang bagus, anda mungkin akan membawa jenama syarikat anda lebih maju. Hasilnya, sudah pasti bonus dan imbuhan yang banyak.
Di Malaysia, mungkin gaji seorang Pengawai Perhubungan Awam yang bagus mencecah RM10,000 sebulan.
5. Kejururawatan
Semakin moden, semakin banyak penyakit baru dan wabak yang akan dikenalpasti. Semakin moden, semakin maju, rakyat akan mahukan kesihatan sebagai perkara utama. Dalam masa tersebut, mereka sanggup bayar untuk kekal sihat dan dilindungi dari wabak penyakit. Anda sebagai Jururawat semestinya adalah orang yang akan bertanggungjawab menjaga dan membantu golongan yang sakit dan memerlukan perhatian ketika mereka berada di klinik atau hospital. Sebagai jururawat, anda terlatih dan ia memakan masa bertahun dan bukan mudah untuk menjadi seorang Jururawat terlatih.
Tidak hairan jika di negara Arab, gaji bulanan seorang Jururawat Terlatih mencecah RM15,000 sebulan.