Lebih 5 Juta Pelancong Lawat Russia Sempena World Cup 2018. Penganjuran Kejohanan bolasepak dunia ini memberi kelebihan kepada negara tuan rumah seperti Russia, menerima pelancong dari seluruh dunia dan menjana pendapatan yang lumayan dari penganjuran tersebut.
Daripada jumlah 5 juta pelacong ini, dikatakan 2.9 juta adalah pelancong luar negara dan 2.1 juta adalah pelancong tempatan yang memeriahkan kejohanan Bolasepak FIFA World Cup 2018.
5 Juta Pelancong Lawat Russia Sempena World Cup 2018
Baca : MrJocko dan News
Jumlah pelancong yang datang ini melewati hampir kesemua bandar-bandar yang menjadi stadium atau venue pertandingan World Cup 2018 itu.
Untuk informasi ringkas, sempena World Cup 2018 Russia, sebanyak 32 negara mengambil bahagian dengan mempunyai 12 stadium dan keseluruhan termasuk perlawanan final ialah sebanyak 65 Perlawanan.
Bandaraya Moscow menyaksikan aliran pelancong paling ramai iaitu lebih dari 2.7 juta, diikuti oleh St. Petersburg menerima jumlah pelancong lebih dari 600.000, dan Sochi, lebih dari 500.000.
Manakala pelancong yang melawat bandar-bandar tuan rumah Piala Dunia adalah terdiri dari 19% di Moscow hingga 1,678% di Saransk, dengan pertumbuhan purata 74%.

Hasil dari penganjuran Piala Dunia 2018 ini, kemasukkan pelancong ke Russia semakin meningkat. Beberapa bulan selepas dari World Cup 2018, terdapat 2.9 juta pelancong asing di 11 bandar raya yang menganjurkan pertandingan Piala Dunia tersebut.
Data bulan Jun 2018 menunjukkan ada peningkatan sebanyak 20% di St Petersburg dan 235 kali di Saransk apabila dibandingkan dengan tempoh yang sama untuk bulan Jun 2017.
Aliran kemasukkan pelancong asing berkembang 10 kali di bandar Kaliningrad dan Yekaterinburg dan 15 kali di Volgograd, sedangkan di kota-kota lain di kota-kota Piala Dunia meningkat 1.5 hingga 2 kali.
5 Juta Pelancong Russia World Cup 2018
Semestinya, untuk industri pelancongan di Russia, ia memberi impak yang sanhat positif dalam memperkenalkan lagi banyak destinasi menarik di Russia kepada pelancong seluruh dunia.
Dengan kedatangan pelancong seluruh dunia, ia akan menjana lebih banyak aktiviti ekonomi dan menggerakkan taraf hidup rakyat khususnya dengan menyumbang kepada pendapatan kasar ramai penduduk sekitar dengan perkhidmatan pelancongan, penerbangan, hotel, kenderaan, makanan dan banyak lagi industri berkaitan.
Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia bermula pada 14 Jun dan berlangsung di 11 bandaraya. Perlawanan akhir akan diadakan pada 15 Julai di Stadium Luzhniki Moscow.
Sumber : Tass Sport