Site icon Travel Blogger Malaysia

7 Kerjaya Terbaik Bagi Mereka Tak Suka Berjumpa 'Orang'

kerja-sebagai-karier
Kalau korang jenis yang tak suka nak kerja bercampur dengan ramai orang dalam satu pejabat, korang mungkin boleh pilih kerjaya-kerjaya seperti di bawah. Sesetengah orang menang suka buat kerja sendiri, tak nak campur dengan staff atau rakan kerja yang ramai. Mereka suka kerja berseorangan dan fokus bila buat kerja berseorangan.
 
Mengikut kajian, dibawah antara kerjaya yang sesuai bagi mereka yang suka kerja berseorangan atau kerja dalam kumpulan yang kecil.
 
1. Akauntan.
Selalunya mereka akan diberi informasi, data dan maklumat-maklumat berkaitan. Kerja mereka cuma susun balik, kira dan berkerja menggunakan aplikasi komputer untuk mendapatkan data yang lagi tepat untuk kegunaan syarikat. Jenis ni, kalau seminggu tak jumpa rakan sekerja lain pun mereka tak kisah.
 
2. Penulis Teknikal.
Yang jenis ini memerlukan pembacaan, fokus dan cari idea untuk dikongsi balik dalam bahasa mereka. Jenis yang menulis ni biasanya perlu dalam keadaan tenang. Tak yah nak bising-bising, dalam tenang, kemudian baru datang ilham untuk menulis.
 
3. Pereka Grafik
Yang ni, mereka perlukan konsentrasi, idea dan fokus kepada “proposal” mereka. Mereka perlu mencari idea untuk grafik yang sesuai bagi memenuhi kehendak pelanggan, selalunya mereka akan berkerja secara keseorangan, senyap dan waktu yang sunyi.
 
4. Software Developer.
Jenis kerja yang memang tak payah jumpa orang. Bagi sahaja kerja kat dia, bagi dateline, diorang buat fokus betul-betul, sehari, dua hari, sebulan, berbulan-bulan pun mereka masih OK bekerja seorang. Malah ada yang kerja sebagai Software Developer ni, kerja dari rumah sahaja.
 
5. Medical Laboratory Technician.
Jenis ni melibatkan bilik makmal. Selalunya bilik makmal ni tak ramai yang boleh masuk kerana nak jaga kebersihan dan takut orang yang tidak berkenaan tersalah menggunakan peralatan yang ada. Technicion ini lah yang selalunya menjadi orang penting jaga Lab mereka, dan selalunya mereka bekerja dalam kumpulan kecil sahaja.
 
6. Penganalisis Informasi Keselamatan.
Bayangkan kalau mereka meneliti rakaman CCTV atau Sistem Keselamatan yang ada. Setiap info perlu di teliti secara berhati-hati. Tak boleh ada gangguan, nanti ter”miss” fakta-fakta penting.
 
 
7. Tukang Bedah Mayat.
Yang ni memang jenis kerja seorang atau berdua sahaja. Kena fokus, bedah mayat dan teliti apa yang di cari. Tak boleh bising-bising nanti tersalah potong pulak.
 
 

MrJocko.com

Exit mobile version