Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

77 Syarikat Buat Pelaburan Tidak Sah

MrJocko berminat nak kongsi sedikit info tentang isu 77 Syarikat yang diklasifikasikan sebagai pelaburan tidak sah oleh pihak Bank Negara Malaysia. Dalam berita hari ini, disenaraikan sebanyak 77 syarikat yang di katakan tidak sah pada syarat Bank Negara Malaysia untuk menjalankan aktiviti pelaburan. Berita lanjut boleh baca di Utusan Malaysia, Rabu 1 Ogos 2012.
Kenapa 77 syarikat ini diklasifikasikan sebagai tidak sah oleh pihak Bank Negara, semestinya setiap satu syarikat tersebut tidak memenuhi syarat asas syarikat yang membuat pelaburan samada pelaburan duit, real estate ataupun emas.
Kenapa pulak Bank Negara nak campur tangan, nak sibuk pasal isu pelaburan ini? Banyak sebab, salah satunya, bila ramai yang rugi, ramai yang datang mengadu di BNM Link dan menyalahkan pihak syarikat. Itu belum masuk kes Syarikat yang menipu. 
Benda mudah, kalau nak melabur, sila guna saluran yang betul. Kat Malaysia ada banyak institusi kewangan yang menyediakan peluang dan tawaran pelaburan yang SAH di sisi Undang-undang Malaysia dan banyak antaranya Patuh Syariah bagi yang beragama Islam. Pilih sahaja, anda diberi banyak pilihan.
Ia mungkin tidak se’untung’ pelaburan yang dijanjikan pulangan 20% setahun, atau yang paling extreme, ada syarikat yang menjanjikan pulangan 10% setiap bulan, Pergh!!!
Percaya la kawan-kawan, kalau syarikat tu boleh bagi keuntungan sehingga 10% sebulan, bank-bank, institusi kewangan lain, syarikat-syarikat gergasi lain akan berpusu-pusu masuk melabur di syarikat tersebut. Jadi, kalau mereka masih mensasarkan individu sebagai pelabur, berbanding korporat yang punya modal yang berkali ganda besar, mesti ada yang tidak kena secara asasnya.
Melabur itu sangat bagus, tetapi bertindak bijak apabila melabur.

MrJocko.com

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.