Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

8 Episod Wind Chimes In A Bakery

Samsung mempersembahkan sebuah drama pendek bertajuk Wind Chimes In A Bakery. Drama ini hanya boleh di tonton di YouTube Samsung bermula Sabtu 20 Julai 2013. Espisod terakhir akan keudara pada Jumaat, 30 Ogos 2013 nanti.
Drama pendek ini mengetengahkan pelakon baru Ahmad Nabil yang membawakan watak Adam, seorang yang berbakat besar dalam bidang culinary membuat Red Bean Buns yang sedap. Koe Yeet yang membawakan watak Sue, merupakan insan yang bertakhta di hati Adam dan orang yang sangat menyokong kerjaya Adam, bercita-cita menolong Adam membuka sebuah Bakery Shop.
Berminat nak tahu lebih lanjut, layari YouTube Samsung : http://www.youtube.com/user/SamsungMalaysia atau Facebook Samsung Malaysia http://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia
Drama ini di hasilkan oleh pengarah terkenal Korea Jang Jae Hyeok dan menggunakan rakaman Video professional dan camera Samsung Galaxy S4.

Jadual Episod Wind Chimes In A Bakery :
Episod 1 – Sabtu 20 Julai 2013
Episod 2 – Rabu 24 Julai 2013
Episod 3 – Ahad 28 Julai 2013
Episod 4 – Sabtu 3 Ogos 2013
Episod 5 – Khamis 8 Ogos 2013
Episod 6 – Jumaat 16 Ogos 2013
Episod 7 – Khamis 22 Ogos 2013
Episod 8 – Jumaat 30 Ogos 2013

Antara Fakta drama Wind Chimes In A Bakery :
1. Ini merupakan dramaa pertama lakonan Ahmad Nabil. Koe Yeet sememangnya sudah biasa berlakon drama tempatan.
2. Drama ini dihasilkan dalam masa 9 hari, 4 hari kerja, 1 hari rehat dan sambung lagi 4 hari.
3. Ahmad Nabil (Adam) dalam realiti sebenar tak pandai buat Red Bean Buns.
4. Koe Yeet ialah anak jati Malaysia, walaupun muka seperti Korean 🙂
5. Hampir 100% konsep pembikinan drama ini termasuk pemilihan pakaian, memang dipengaruhi oleh drama Korea.
6. Lokasi penggambaran sekitar Klang Valley, Putrajaya Melaka.
7. Pengarah Jang Jae Hyeok hanya berbahasa Korea, masalah bahasa (pertuturan) memamg timbul dalam pengarahan drama ini, namum ia dapat dijayakan dengan sebaiknya.
8. Ahmad  Nabil dan Koe Yeet memang peminat K-Pop dan meminati Rain.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.